22 December 2011

bergaya dengan i-series sambil menunggu keuntungan


Artikel hari ini adalah berkaitan dengan produk keluaran terbaru Public Gold iaitu I-Series. Ianya merupakan rantai emas padu berketulenan 916 yang merangkumi berat dari lingkungan 10 gram, 20 gram, 50 gram dan juga 100 gram.
Kelebihan I-Series:

1. Berketulenan 22 karat (Gred 916)
2. Spread cuma 10% terendah di Malaysia.
3. Guaranteed buy back oleh Public Gold
4. Harga mengikut harga semasa dunia
5. Harga lebih murah dari pasaran





Ianya dikeluarkan sepertimana Public Goldbar cuma dalam bentuk rantai dan diperbuat dari EMAS 916. Koleksi rantai i-series boleh dijadikan sebagai aset pelaburan alternatif kepada Public Goldbar dan Public Dinar. Ianya turut diniagakan seperti BAR dan DINAR di mana harganya mengikut pasaran semasa yang berubah setiap 20 minit.

Koleksi Rantai i-Series boleh dilihat lebih kepada Gold Investment berbanding dengan Public Jewellery (barang kemas) yang lebih khusus kepada perhiasan diri. Ianya dapat dilihat dari 'spread margin' yang menunjukkan perbezaan harga jual dan harga beli yang lebih kecil (sekitar 10%) berbanding dengan Public Jewellery pada kadar sekitar 20%.

21 December 2011

Emas Disember 2012 mula mendaki naik

Setelah 3 bulan berhenti menulis berkaitan emas, hari ini terasa amat rugi sekiranya ada dikalangan anda tidak memerhatikan situasi turun naik harga emas sejak kebelakangan ini. Trend naik turun akan memberikan keuntungan kepada mereka yang mahir dan sentiasa mengambil peluang ketika harga jatuh.


Mari kita saksikan fakta history harga emas:




06/09/2011: 10g goldbar RM 2042




24/09/2011: 10g goldbar RM 1871





25/10/2011: 10g goldbar RM 1859





07/11/2011: 10g goldbar RM 1990





21/12/2011: 10g goldbar RM 1832



Oleh yang demikian, harga pada hari ini masih berada dibawah paras terendah sekiranya dibandingkan dengan harga bulan Sep, Okt dan Nov 2011 yang lalu. Ambil peluang ini sebagai langkah pertama anda bermula menyimpan emas sedikit demi sedikit.




15 September 2011

Teknik cepat pergi Haji dengan menyimpan dinar

Adakah anda telah mempunyai impian dan target bila untuk menunaikan rukun islam ke-5 iaitu menunaikan ibadah haji. Kos untuk menunaikan ibadah haji dari tahun ke tahun semakin meningkat dan hari ini, saya ingin membuat kiraan dengan anda semua bagaimana untuk memendekkan masa bagi menunaikan rukun islam ke-5 tadi. Saya mengimpikan untuk melengkapkan ibadah haji sebelum umur menjangkau 40 tahun dengan izin Allah.







Sejak saya mengenali dunia emas ini kira-kira 9 bulan yang lalu, saya sangat gembira kerana saya menjumpai cara yang pantas untuk mencukupkan simpanan haji saya. Caranya ialah menyimpan dinar!!! nak tau macam mana...jom kita tengok dan membuat kiraan bersama... Kos untuk menunaikan haji pada tahun 2011 adalah sekitar RM 10,000, mari kita kira bagaimana simpan dinar lebih untung:

Tahun 2002 - 1 Dinar = RM 140.00, perlu 72 Dinar

Tahun 2003 - 1 Dinar = RM 168.00, perlu 60 Dinar

Tahun 2004 - 1 Dinar = RM 202.00, perlu 50 Dinar

Tahun 2005 - 1 Dinar = RM 242.00, perlu 42 Dinar

Tahun 2006 - 1 Dinar = RM 290.00, perlu 34 Dinar

Tahun 2007 - 1 Dinar = RM 348.00, perlu 29 Dinar

Tahun 2008 - 1 Dinar = RM 418.00, perlu 23 Dinar

Tahun 2009 - 1 Dinar = RM 502.00, perlu 20 Dinar

Tahun 2010 - 1 Dinar = RM 610.00, perlu 17 Dinar

Tahun 2011 - 1 Dinar = RM 799.00,
Memerlukan 13 Dinar sahaja

*Sekiranya sebulan kita menyimpan 1 dinar 13 bulan dah settle kos untuk menunaikan haji.

Kos untuk menunaikan haji akan terus meningkat...lebih kurang RM11000 (2012) dan jangan dilupa..harga emas juga sudah meningkat...sekarang 1 dinar sudah RM799...hanya perlukan 13 dinar sahaja...JIKA KOS MASIH LAGI $10,000- $11,000 TERTAKLUK KEPADA PERUBAHAN HARGA DINAR DAN KOS HAJI.

Anda boleh menilai sendiri siapa untung dan siapa rugi, orang yang untung ialah orang yang mempunyai dinar manakala orang yang lebih untung ialah orang yang sudah lama mempunyai dinar. Percayalah kepada ramalan dan fakta emas diatas, harga emas hari ini sudah semestinya lebih murah dari harga emas akan datang.

2002 MEMERLUKAN 72 DINAR EMAS
2011 HANYA MEMERLUKAN 13 DINAR EMAS





PENJIMATAN 59 DINAR EMAS iaitu bersamaan RM 41,238 nilai sekarang ini.



KALAU 2002 dgn nilai RM140 bagi 1 DINAR KOSNYA hanya RM8120 sahaja, bermakna hampir 80% kenaikan dinar emas pada masa tersebut. Begitu juga sekiranya pada tahun 2002 anda telah membeli sebanyak 72 Dinar dengan kos RM8120 dan membuat simpanan sehingga sekarang (2011), maka dengan kos tersebut anda dah boleh membawa 4 ahli keluarga menunaikan ibadah haji tahun ini.

Kesimpulannya lebih baik menyimpan dinar emas daripada menyimpan fulus @ wang fiat yg nilainya makin menyusut berbanding dengan emas kenaikan 30%-45% setahun. Anda tentukan NILAINYA. Sekiranya anda bermula sekarang, tidak mustahil 10 tahun akan datang anda turut membawa lebih ramai ahli keluarga dengan kos yang lebih rendah.

Jom beli dan start mengumpul DINAR EMAS. hubungi saya untuk mendapatkan dinar emas anda...


Hubungi saya: 019-9133093

Ramalan Harga Emas Oleh Pakar Emas Dunia

Mari kita imbas kembali apakah ramalan harga emas yang telah dibuat oleh pakar-pakar emas dunia pada akhir tahun 2010 yang lalu. Memandangkan 2011 semakin hampir ke penghujung, adakah ramalan berkenaan benar dan boleh diambil perhatian serius oleh pelabur emas dimasa akan datang.


Sebagai harga penutup untuk emas pada tahun ini, 2010, banyak ramalan yang telah dikeluarkan oleh komoditi-komoditi emas. Ada diantara mereka menyasarkan harga emas akan menaik antara $1500 per ounce sehingga $2000 per ounce. Apa yang pasti harga emas akan merempit dan melonjak lagi pada tahun 2011.

Diantara ramalan harga emas yang telah dibuat oleh komiditi-komoditi emas terkemuka untuk tahun 2011:

Bullion Research Desk of Commodity Online:

Harga Emas harga berkisar sekitar $ 1500 – $ 1600 per ounce pada 2011. Harga emas dijangka akan naik pada tahun 2011 disebabkan oleh keadaan dolar AS yang tidak seimbang serta mata wang yang lain, pengeluaran emas yang berkurangan, peningkatan masalah perlombongan dan permintaan untuk perhiasan emas yang semakin meningkat . Harga emas dijangka melepasi $ 1500 per ounce.

Global commodities guru Jim Rogers:

Harga emas dijangka mencecah melebihi di atas $ 2000 per ounce berikutan masalah inflasi yang semakin ketara.

Saxo Bank:.

Harga Emas diramalkan akan berada pada $ 1,800 per ounce pada tahun 2011 jika Dolar AS semakin kukuh, mencetuskan perang mata wang segar di Pasifik yang pasti tekanan akan tertumpu kepada China dan pelabur pula akan beralih ke pelaburan emas yang lebih stabil secara tidak langsung akan melonjak emas kepada $ 1800 per ounce.

Henderson:

Harga Emas akan naik ke $ 1600 pada tahun 2011.

PricewaterhouseCoopers:

Kaji selidik yang dijalankan ke atas 44 pelabur dan eksekutif perlombongan emas yang dilakukan oleh PricewaterhouseCoopers’s Canadian Mining Group anggaran kenaikan emas sekitar $ 1500 per ounce untuk 2011.

BNP Paribas:

Apakah anggaran rata-rata $ 1,500 dalam 2011.

Goldman Sachs:

Telah menetapkan sasaran emas selama 12-bulan yang akan datang kepada $ 1690 per ounce.

Capital Economist:

Berikutan kebimbangan inflasi meningkat, harga emas dijangka akan melonjak ke £ 1,600 pada tahun 2011 dan mencapai $ 2,000 pada akhir 2012.

ABN AMRO / VM Group:

Ini telah meningkatkan rata-rata anggaran sebelumnya 2.011 emas sebesar $ 35 sampai $ 1459, naik dari $ 1.424 pada bulan November.



Dengan petunjuk ramalan diatas, harga pada hari ini 15 September 2011 ialah $ 1824.7. Oleh yang demikian semua ramalan diatas adalah hampir tepat malah ada yang jauh melebihi sasaran. Maka, ambillah peluang yang ada sekarang untuk menambah stok emas yang sedia ada berasaskan ramalan harga emas yang telah dibuat oleh pelabur, pembaca, penjual bullion dan kerajaan sejak beberapa minggu di akhir tahun 2011 ini.

Hubungi saya untuk mendapat maklumat lanjut dan urusan pembelian emas public gold.

Sumber: http://www.commodityonline.com/news/Gold-price-predictions-for-2011-34867-3-1.html

13 September 2011

Masa terbaik membeli Emas

Harga emas petang ini, 13 September 2011 adalah USD1812/oz, ini bermakna penurunan yang amat ketara semenjak kenaikan mendadak sehingga mencecah USD1900+/oz 2 minggu yang lepas. Inilah masa yang amat sesuai untuk tambah stock dan memborong emas dengan harga murah. Juga kepada mereka yang inginkan keuntungan yang cepat, beli emas dan dinar banyak-banyak, kemudian jual apabila harga tinggi.



Kenaikan harga emas dijangka akan tinggi kembali pada Oktober-Disember 2011. Jangan hanya tunggu dan lihat kerana telah ramai mereka yang membuat pelaburan emas sudah menikmati keuntungan daripada pelaburan mereka. Tidak perlu menunggu setahun malah dengan setengah tahun dah boleh tuai hasil sebanyak 12-15%.


Sebagaimana saya sendiri telah peroleh hasil keuntungan sebanyak 20.4% dalam masa 9 bulan. Untuk pengetahuan anda, saya telah membeli goldbar seberat 50g dengan harga RM 8012 pada bulan Disember 2010, kemudian hari ini, 13 September 2011 emas berkenaan dah berharga RM9647. Tetapi saya masih sayang untuk mendapat keuntungan tersebut kerana saya inginkan keuntungan yang jauh lebih tinggi dengan simpanan yang lebih lama.


Kalau anda dah expert dengan jual-beli emas, boleh la mula membuat keuntungan yang lebih pantas dengan pajak dekat Al-Rahnu dan beli lagi banyak emas, ulang benda yang sama dan anda akan menikmati hasil yang lebih banyak.


Jangan jadi orang yang melihat tanpa membuat tindakan, jadilah mereka yang melihat, bertindak dan tersenyum menikmati keuntungan simpanan emas sendiri. Bukan hanya tersenyum melihat dan terus melihat orang lain menikmati keuntungan. Tidakkah anda berasa rugi dan kemudian berkata " kalau lah dari dulu aku......".


Harga hari ini boleh disemak disebelah kanan blog ini.

12 September 2011

Seminar (September 2011) Kota Bharu

1. Peluang Kekayaan Melalui Emas Bersama Public Gold


Saturday , 10/9/2011 , 8:30pm – 10:30pm
Speaker : Mahaguru Syukor Hashim
Fee : FREE


2. Menjana Kekayaan Melalui Emas Bersama Public Gold


Wednesday , 21/9/2011, 8:30pm – 10:30pm
Speaker : Mr. Faizan Dasuki (Pelabur Jutawan)
Fee : FREE


3. New Dealer Orientation (Only For New Dealers)


Tuesday , 27/9/2011, 8:30pm – 10:30pm
Speaker : Ms. Rachel
Fee : RM10 (Certificate Provided)


4. “ Financial Freedom” Bersama Public Gold (Pokli)


Friday, 30/9/2011, 8:30pm – 10:30pm
Speaker : Mr. Mohd. Fadzli bin Ismail (a.k.a Pokli)
Fee : FREE


Anda Semua Dijemput Hadir

11 September 2011

Mengapa ANDA perlu simpan EMAS

Seperti yang kita sudah sedia maklum, sejak berzaman lagi emas memang merupakan sumber pelaburan paling selamat. Tetapi masih ramai lagi rakyat di Malaysia ini tidak menyedari akan kepentingan pelaburan emas ini.



Mengapa kita perlu menyimpan emas?

1. Emas ialah kekayaan yang sebenarnya

Sejak dari dulu lagi emas menjadi simbol kekayaan hinggalah zaman sekarang. Selain itu juga emas tidak boleh dibinasakan. Sesuatu benda yang menjadi penyimpan kekayaan mestilah mempunyai sifat tidak boleh dibinasakan. Sebab itu makanan, haiwan dan tumbuh-tumbuhan tidak boleh menjadi penyimpan kekayaan. Ini kerana di dalam jangka masa panjang kesemua benda tersebut akan binasa.

Sesuatu benda yang boleh dibinasakan dengan mudah tidak boleh menjadi penyimpan kekayaan yang terunggul.

2. Harga emas sentiasa meningkat dalam jangka masa panjang.

Sejak 10 tahun yang lalu harga emas telah mula meningkat. Siapa yang simpan emas sejak masa itu, memang menguntungkan!

Purata kenaikan harga emas adalah sekitar 27% setahun. Siapa nak bagi anda untung setinggi ini? ASB jika tinggi pun, anda akan dapat 12% setahun. Yang mana satu lebih untung?

Jika anda kahwin pada tahun 2001, barang kemas 916 dibeli pada harga RM50 segram. Pada hari ini, emas 916 mencecah harga RM205 segram!! Harga emas di pasaran kedai emas boleh refer
di sini.

3. Nilai wang kertas sentiasa jatuh di dalam jangka masa panjang

Senang saja. Sebagai contoh, pada tahun 1980an, kebanyakan pelajar sekolah membawa antara 20 sen dan 30 sen sebagai duit poket. Duit tersebut cukup untuk membeli nasi dan air minum. Semasa zaman persekolahan saya masih sempat membeli nasi berlauk ayam bakar dengan harga 50sen sebungkus. Tetapi semalam ( 10 September 2011) selepas 19 tahun harga nasi ayam bakar yang dibeli di kedai yang sama berharga RM3.50 sebungkus. Sekarang pun dah dengar isu Dollar US yang merudum! Adakah anda nak tunggu lagi?

4. Aset yang terunggul

Tidak ada aset lain yang boleh menandingi kecairan emas. Ia bukan sahaja boleh dicairkan di Malaysia tetapi boleh dicairkan di seluruh dunia. Katakanlah negara kita dilanda peperangan. Kita lari dengan membawa emas ke negara lain. Ianya boleh ditukarkan kepada wang kertas negara itu. Dan dengan emas itu, kita mampu hidup di negara tersebut. Lain pula jika kita membawa wang kertas kita, adakah ianya laku di negara lain? Ibarat ‘wang kertas Iraq’ yang sama sekali tidak bernilai akibat peperangan.

5. Ia tidak boleh dimanipulasikan

Emas sukar diperoleh dan tidak boleh dicipta. Jadi, ia tidak boleh dimanipulasikan. Kuantitinya tidak boleh ditambah dengan mudah. Ini menyebabkan emas sentiasa bernilai.
Ini berbeza sekali dengan wang kertas. Ia boleh dicetak sesuka hati oleh pemerintah. Jika jumlah cetakan terlalu tinggi, maka nilainya akan menurun. RM1 juta hari ini tidak akan bernilai RM1 juta lagi pada 5 tahun akan datang.

Segerakanlah simpan emas dan perak. Sekiranya anda masih menungu dan menunggu, anda akan melihat rakan-rakan lain mengecapi keuntungan hasil simpanan emas mereka. Jangan lagi mengelamun ‘kalau la dulu aku turut menyimpan emas…kalau…kalau…dan kalau…’

Kelebihan menjadi agen Public Gold

Sekarang modal agen hanyalah RM20,000 (bergantung kepada harga emas semasa)

Public Gold telah membuka peluang menjadi agen kepada mereka yang berminat dengan modal yang minima.

Sekarang, dengan modal RM20,000 anda sudah boleh menjadi agen Public Gold dan boleh mulakan perniagaan emas anda sendiri.


Apa yang anda perolehi dengan bayaran 20k?


Dengan bayaran RM20k, anda boleh memilih apa sahaja produk keluaran Public Gold mengikut harga semasa (sama ada jongkong emas, dinar emas, jongkong perak atau barang kemas) asalkan nilainya adalah RM20k dan keatas.

Untuk harga semasa anda boleh lihat di http://www.publicgold.com.my/ dan harga dinar emas boleh dilihat di http://www.publicdinar.com/. Boleh juga lihat pergerakan harga semasa disebelah kanan blog ini.

Pada pendapat saya modal tersebut adalah sangat rendah bagi business emas ini. Satu peluang keemasan yang perlu diambil.

Dengan menjadi agen Public Gold anda boleh membeli dan menjual emas pelaburan Public Gold.

Emas memang senang dijual lebih-lebih lagi kepada golongan wanita, mereka lebih memahami malah stock simpanan barang kemas mereka jauh lebih tinggi daripada simpanan wang kertas, terdesak nak pakai duit pegi gadai dan tebus balik bila ada duit. Malah nilai emas semakin meningkat dari setahun kes setahun.


Kebaikan menjadi agen Public Gold


Memandangkan saya sendiri telah menjadi agen Public Gold, maka saya boleh bercerita tentang kebaikan menjadi agen dengan panjang lebar:


1. Produk Public Gold sangat senang dijual. Ini kerana Public Gold menjual emas
pelaburan dengan harga yang lebih rendah berbanding harga kedai emas.
Perbezaan diantara harga belian dan jualan sekitar 5% – 6% adalah sangat kecil.


2. Gold bar Public Gold tetap diterima walaupun calar dan bengkok, asalkan
beratnya tetap sama. Jadi, peace of mind kepada pembeli emas Public Gold nie.


3. Stok yang sentiasa ada. Walau harga emas naik atau turun, kita tetap boleh order daripada Public Gold. Tak pernah mereka cakap stok tak ada. Stok sentiasa ada.

4. Agen diberi pamplet secara percuma oleh syarikat. Jadi senang nak buat promosi.

Faedah menjadi Agen

1. Komisyen jualan 1.0%


Public Gold memberi komisyen sebanyak 1.0% untuk jualan kepada New Dealer manakala Priority Dealer sebanyak 1.5%. Jika anda menjual emas semula kepada Public Gold, maka anda akan dapat 0.3% komisyen (daripada nilai keseluruhan emas). Maklumat lengkap komisyen setiap agen (klik disini)


2. Untung trade in 5%-6%


Keuntungan yang kedua ialah untung apabila pelanggan trade in emas kepada anda. Ini kerana anda akan membeli semula emas Public Gold tersebut pada harga We Buy . Jadi terdapat perbezaan harga antara 5%-6% diantara harga We Sell dan We Buy.

Contohnya: Pada 6/12/2009, Seorang pelanggan ingin menjual semula jongkong emas 20 gram kepada anda, maka anda akan membelinya pada harga RM2636.00 (we buy).

Kemudian, jika pada masa yang sama ada seorang pelanggan baru ingin membeli jongkong emas 20 gram daripada anda maka anda boleh menjual jongkong emas yang dibeli pada harga RM2636 tadi dan menjualnya pada harga RM2804.

Jadi anda mendapat untung sebanyak RM168.00

Bayangkan kalau urusniaga itu melibatkan 100 gram, anda boleh untung RM694.00

Target Jualan Bulanan.


Tiada target jualan bulanan. Anda akan dapat komisyen berdasarkan nilai jualan emas anda.

Kalau jual 1 dinar pun tetap akan dapat komisyen jualan.

Kesimpulan.

Bagi saya, ini adalah satu peluang yang sangat baik bagi anda memiliki perniagaan emas sendiri.

Jika anda mempunyai modal dan juga keinginan untuk mencari perniagaan yang menguntungkan, maka menjadi agen Public Gold merupakan pilihan yang baik. Bukan sekadar mendapat keuntungan, namun ini adalah peluang bagi anda untuk berkongsi ilmu berkenaan kepentingan emas dengan masyarakat di luar sana.

Anda untung, mereka pun untung.


Jika berminat, hubungi saya Amin Yusoff (019-9133093) atau rangkaian dealer saya yang berdekatan dengan anda.


Apa tunggu lagi, rebutlah peluang ini sekarang!

Komisyen agen Public Gold

Bersama-sama membina rangkaian gold2wealth untuk mengembangkan perniagaan emas Public Gold. Untuk berjaya, kena bantu orang-orang disekeliling bersama-sama mencipta kejayaan

Normal Dealer (ND)

1- Setiap belian peribadi diberi komisyen 1.0%

2- Jual semula kepada PG/Dealer diberi komisyen 0.3%


Priority Dealer (PD)

1- Setiap belian peribadi diberi komisyen 1.5%

2- Setiap belian oleh Normal Dealer diberi komisyen 0.5%

3- Jual semula kepada PG/Dealer diberi komisyen 0.3%


Master Dealer (MD)

1- Setiap belian peribadi diberi komisyen 2.0%

2- Setiap belian oleh Normal Dealer diberi komisyen 1.0%

3- Setiap belian oleh Priority Dealer diberi komisyen 0.5%

4- Jual semula kepada PG/Dealer diberi komisyen 0.5%

5- Jika Direct Dealer telah berstatus MD,
anda akan dibayar komisyen 0.1% dari jumlah belian keseluruhan (Group Sales) rangkaian MD tersebut.

Rebutlah peluang untuk mencipta kekayaan dan kejayaan bersama rangkaian gold2wealth. Bukan setakat menyimpan dan melabur emas tetapi bersama-sama menjadi peniaga emas publicgold. Tiada tindakan maka tiada keputusan yang membanggakan. Langkah pertama merupakan langkah kejayaan.

19 February 2011

Bagaimana membeli jongkong emas, dinar emas dan perak

Bagaimana Membeli Emas, Dinar dan Perak dengan saya (http://gold2wealth.blogspot.com/)


Tempahan Harga Emas / Lock Harga Emas:


Sila hubungi saya ditalian Celcom berbayar 019-9133093 ( Amin ) dan anda akan diberi harga terkini atau anda boleh lihat sendiri harga emas / dinar seperti di sebelah kanan web ini.


Kemudian sekiranya anda ingin membuat pembelian gold bar, kos transport adalah sebagaimana berikut:


Selepas itu, anda dikehendaki membuat pembayaran ke akaun saya secepat mungkin dan sila email @ sms maklumat berikut kepada saya:





  1. Nama



  2. No I/C



  3. Email



  4. Jenis & kuantiti yang hendak dibeli (ex: gold bar 20g/3pcs)


Bayaran boleh dibuat ke akaun Maybank:




  • No akaun Maybank : 162405048333



  • Penama : Mohd Aminuddin b Mohd Yusoff

Selepas itu, saya akan lock harga untuk tuan/puan berdasarkan jenis dan kuantiti yang dikehendaki. Untuk pengetahuan, harga berdasarkan international price yang berubah2 setiap 20minit.


Kemudian, tunggu Sales Order yang akan saya email kepada anda dan stock akan sampai lebih kurang 2 minggu ( ikut trend hari ini sebab semakin banyak order yang dibuat oleh pelanggan).


07 January 2011

Melabur sambil bergaya dgn Public Jewellery

Tahukah anda Public Gold bukan hanya menjual gold bar, gold coin, dinar dan silver sahaja malah turut menjual product barang kemas/ jewellery. Kepada peminat-peminat barang kemas dikalangan wanita, anda bolehlah turut melabur sambil berhias dan bergaya dengan jewellery public gold. Bukan hanya dapat simpan dan membuat keuntungan malah turut dapat bergaya. Banyak kelebihan membeli dan bergaya dengan barang kemas public gold kerana tiada kos upah berbanding jika anda membeli di kedai-kedai emas.
Sila baca FAQ daripada http://www.publicjewellery.com.my/ untuk bacaan dan pemahaman anda sekelian:



1. Why Public Jewellery is initiated by Public Gold and what is its objective?


• Compatible with Public Gold business model.
• Providing customers and dealers of the jewellery the best value for money.
• Buy back at reasonable prices.
• To offer customers an alternative for investment.

2. What is 916 Gold?


• A 916 mark indicates that the item is 22 carat with gold content of 91.6% purity.

3. Why Public Jewellery only offer jewellery in 916 gold, but not in 835 or 750 Gold?


• 916 Gold is a standard for jewellery without gemstone in Malaysia.


4. What are the advantages of buying jewellery with Public Jewellery?


• Fair and transparent transactions. Transaction will be processed according to real time international 916 gold price which will update at every 20 minutes basis.
• As the saving generated by our direct to customer business model, our 916 gold jewellery is sold at wholesale price which is approximately * 15% lower than the market price. (*market price = gold price + workmanshop)
• No Workmanship charge.
• The most competitive buy back rates in Malaysia.
• Booking through Internet. Ordering can be carried out for 24 hours a day, 7 days a week at the convenient of your fingertip.
• Quality assurance and authenticity of the Bunga Raya Hallmark by Penang Assay Office Sdn Bhd.

5. Why the margin spread of Public Jewellery is different with the margin spread of Public Gold?


• Sell at wholesale prices.
• Gold that buy back cannot be sold again, must be re-melted.

6. Why the price in Public Jewellery is cheaper than the market prices?


• Public Jewellery business model is based on the concept of selling directly to customers without having to go through wholesaler and retail outlets.
• Since there is no retail shop needed, huge saving from rental, salary, etc is transferred to customers in term of lower price.
• Can the price of Public Jewellery 916 gold differs from the price recommended by Federation of Goldsmiths?
• The price recommended by the Federation of Goldsmiths is only served as the guideline to all Goldsmiths. It has no legal implication thus it is not compulsory to follow.



7. When can I take delivery of my purchase?


• This will somewhat dependent on our product schedule but you can expect to collect your purchased item within 2 weeks.

8. Why the cost of transportation is charged RM20 for each item?


• Price display in our website is ex-Penang.
• Stock is sent to different states for a booking out of Penang.
• Travel insurance while shipping stocks.

9. Why Public Jewellery products do not have gemstone design?


• Because Public Jewellery offered buy back mechanism. Any back buy transaction will be based on the actual weight of jewellery.
• For example: 10.5g x RM122/g = RM1281.00

10. How do I measure the size of bracelet/necklace?


• We only offered 2 different sizes for bracelet and necklace, which are L(long) and S(short). Use a yarn to measure the size of your wrist or neck, put it on a ruler to get the centimeter, compare with the standard measurement which publishes in our official website.

11. Can Public Gold dealers sell Public Jewellery products?


• Yes, Public Gold dealers will automatically become Public Jewellery dealers.

12. How if I only want to become a dealer of Public Jewellery?


• If the current price for 1 set of gold bars and gold dinar is RM40, 000, so he would need to purchase the jewellery in total RM40, 000.

13. Can a prospective dealer to buy RM40, 000 which includes gold bars, gold dinar, jewellery and silver bars?


• Yes.

14. How is the quality of Public Jewellery product?


• There is a Hallmark-certified purity of gold assayer accredited, which is Penang Assay Office Sdn Bhd.

15. How is the selling back price if the jewellery is not Public Jewellery products?


• Discount of approximately 5% to 10% of the Public Jewellery buying price.

Zakat Emas dan Perak

1. Syarat wajib zakat emas dan perak ialah:


(a) milik orang Islam;
(b) dimiliki oleh orang yang merdeka;
(c) hak milik sepenuhnya;
(d) cukup nisab;
(e) genap setahun.

Firman Allah S.W.T.:
Maksudnya: Dan orang-orang yang men yimpan emas dan perak (tidak dikeluarkan zakat) dan tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka beritahulah kepada mereka bahawa mereka akan mendapat azab yang pedih.
(Surah At-Taubah: Ayat 34)

2. Nisab zakat emas ialah 20 dinar (mitsqal) bersamaan 85g.
Kadar zakatnya ialah 2.5%. (0.5 Dinar)
Jika seseorang memiliki 85gram emas atau lebih dan genap setahun dimilikinya, wajiblah dia mengeluarkan zakatnya dengan kadar 2.5%.

3. Nisab zakat perak ialah 200 dirham bersamaan dengan 672 gram.
Kadarnya ialah 2.5% setelah dimiliki genap setahun.

HIKMAH ZAKAT


1. Ibadat zakat yang difardukan mempunyai beberapa hikmat, misalnya:

(a) mendidik manusia berakhlak mulia sebagaimana yang dikehendaki oleh Islam;
(b) mewujudkan semangat persaudaraan yang kukuh di kalangan orang Islam;
(c) melahirkan masyarakat Islam yang aman dan harmoni;
(d) memajukan masyarakat dalam bidang ekonomi, sosial, dan pendidikan;
(e) melahirkan masyarakat yang tidak mementingkan diri sendiri, sebaliknya mengamalkan sikap tolong-menolong untuk kebaikan bersama.

2. Yang berikut menerangkan beberapa kepentingan zakat kepada umat Islam:


(a) memajukan masyarakat Islam dalam semua bidang seperti bidang ekonomi, sosial, pendidikan, dan lain-lain sebagainya;
(b) membangunkan ekonomi Islam melalui projek-projek perusahaan yang dapat memberi keuntungan kepada umat Islam;
(c) memperkukuh ekonomi umat Islam.
(d) umat Islam dapat hidup sejahtera, aman, dan harmoni;
(e) masalah sosial seperti kemiskinan, tidak cukup makanan, kebuluran, dan yang seumpama dengannya tidak akan berlaku;
(f) syair Islam dapat ditingkatkan dengan baik dalam keseluruhan kehidupan umat Islam.

3. Wang zakat yang dikutip daripada pembayaran zakat berperanan penting dalam membangunkan ekonomi umat Islam.

Contohnya:
(a) kerajaan dapat membina kilang-kilang perusahaan untuk menyediakan pekerjaan kepada orang Islam;
(b) kerajaan akan memberi pinjaman wang zakat kepada mereka yang berdaya maju dalam bidang perniagaan untuk meningkatkan ekonomi orang Islam;
(c) wang zakat dapat dilaburkan dalam industri yang halal yang menjamin pulangan yang lumayan;
(d) melalui wang zakat, kerajaan dapat membantu golongan yang susah dengan mengadakan projek yang berfaedah untuk meningkatkan pendapatan mereka.

4. Kepentingan harta zakat dalam pembangunan masyarakat:
(a) kerajaan dapat membina berbagai-bagai kemudahan asas seperti jalan raya, sekolah, masjid, padang permainan, balai raya, dan lain-lain;
(b) wang zakat dapat digunakan untuk membantu pelajar-pelajan Islam yang tidak berkemampuan untuk melanjutkan pelajaran;
(c) membantu golongan susah supaya dapat merasai kesenangan hidup.

ORANG YANG BERHAK MENERIMA ZAKAT


1. Orang fakir;
orang yang tidak berharta untuk memenuhi keperluan asas.
2. Orang miskin;
orang yang mempunyai harta tetapi hanya cukup memenuhi keperluan dirinya.
3. Amil;
orang yang mengurus pungutan dan pembahagian zakat.
4. Mualaf;
orang yang baru memeluk Islam (saudara baru).5. Hamba yang ingin memerdekakan dirinya.
6. Orang yang berhutang.
7. Orang yang berjuang pada jalan Allah S.W.T..
8. Musafir yang terkandas.


***Ehsan daripada http://www.gold2rich.com/

06 January 2011

Testimoni daripada customer pertama

saya telah membeli emas iaitu 2 keping dinar dan sekeping gold bar 50g drpd en amin. ianya amat memuaskan hati kerana dapat menyimpan emas. saya berharap untuk membeli lagi di masa hadapan, kali ni nak beli set jewellery pula jika kewangan mengizinkan. target saya 1 bulan 1 dinar, insya allah.

04 January 2011

Mulakan pelaburan Emas sekarang!

Assalamualaikum w.b.t,

Mulakan azam tahun baru 2011 anda dengan bertekad untuk menyimpan dan membuat pelaburan emas. Walaupun bermula dengan sedikit, 20g, 50g, 100g atau 1 Dinar dan seterusnya. Tidak mustahil lama-lama tanpa disedari mungkin emas anda berjumlah 1kg,2kg dan ber kg2 sekiranya anda lakukan dengan konsisten. Yang penting anda kena letakkan keazaman untuk menukar wang ringgit kepada bentuk emas. Sedarlah bahawa emas adalah suatu jenis pelaburan yang menguntungkan kerana emas sentiasa akan naik dan naik.

Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW telah bersabda "Akan tiba suatu zaman dimana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan)-Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal.

Keterangan diatas menguatkan lagi kepentingan membuat simpanan dalam bentuk emas dan dirham kerana akan sampai suatu masa dimana semua benda yang ada diatas dunia ini tiada nilai kecuali dinar dan dirham. Maka perlu dipercepatkan usaha dan semangat anda untuk melabur dalam emas.

Fakta kenaikan harga emas pada tahun 2010, bermula 1 Jan 2010 sehingga 1 Jan 2011 menunjukkan kenaikan emas sebanyak 29% lebih. Ini menunjukkan keuntungan teramat tinggi sekiranya dibandingkan dengan pelaburan ASB dan sebagainya. Terdapat perbezaan diantara pelaburan wang ringgit dan pelaburan emas. Sekiranya anda memilih untuk membuat pelaburan wang ringgit, maka anda perlu berfikir tentang kenaikan kadar inflasi setiap tahun. Sebagaimana yang diketahui wang ringgit merupakan duit kertas yang akan susut nilai. Lebih-lebih lagi dengan kenaikan harga barang, minyak dan sebagainya. Oleh yang demikian keuntungan dividend daripada nilai pelaburan wang ringgit tersebut sepatutnya ditolak dengan kadar inflasi.

Akan tetapi, pelaburan dalam bentuk emas fizikal amat menguntungkan kerana emas tidak akan terjejas oleh inflasi. Dan yang lebih utama dengan pelaburan emas kita dapat membantu sahabat-sahabat seagama yang mengalami kemiskinan dan sebagainya kerana hasil daripada zakat yang dikeluarkan sebanyak 2.5%. Sekiranya keuntungan 29% - 2.5% (zakat), maka keuntungan pelaburan emas tadi masih tinggi iaitu 26.5%. Yang penting keuntungan tinggi pahala pun dapat. Emas tak lekang dek inflasi!

Emas dapat mengekalkan kuasa beli dalam jangka waktu yang panjang. Dengan kata lain, apa yang boleh dibeli oleh emas ratusan tahun malah ribuan tahun dahulu masih boleh dibeli dengan berat emas yang sama pada masa sekarang. Satu contoh yang paling popular bagi menunjukkan kuasa beli emas yang sangat stabil ialah harga seekor kambing di dalam nilai dinar (dinar merujuk kepada syiling emas seberat 4.25 gram dengan ketulenan
22 karat atau emas jenis 916)

Ketika zaman Rasulullah SAW 1400 tahun yang lalu, harga seekor kambing ialah 1 dinar.

Perkara ini diceritakan di dalam hadis Rasulullah SAW.

Dilaporkan oleh Ahmad dalam Musnadnya, daripada ‘Urwah yang bermaksud:

“(Pada suatu hari) Rasulullah s.a.w menemui sekumpulan binatang ternakan yang hendak dijual. Lalu Rasulullah s.a.w memberi kepadaku satu dinar dan berkata: “Wahai Urwah, pergi kepada lelaki tersebut dan belikan untukku seekor kambing.” Akupun pergi menemui lelaki tersebut dan melakukan tawar menawar sehingga aku dapat membeli dua ekor kambing dengan harga satu dinar.

Kemudian aku membawa kedua ekor kambing tersebut. Di perjalanan, seorang lelaki menemui aku dan ingin membeli salah seekor kambing daripadaku. Lalu aku menjualnya dengan harga satu dinar. Kemudian aku berjumpa Rasulullah s.a.w dengan membawa seekor kambing dan satu dinar lalu aku berkata: “Wahai Rasulullah, inilah dinar dan kambing milikmu.”

Rasulullah bertanya: Bagaimana kamu melakukannya? Akupun menceritakan kepada Baginda apa yang telah aku lakukan lalu Baginda berkata: “Ya Allah, berkatilah perniagaannya.”

Adakah anda sedar selepas 1400 tahun, kita masih boleh membeli kambing dengan harga 1 Dinar. Untuk makluman anda, harga 1 Dinar pada hari ini, 4 Januari 2010 adalah berharga RM 663. Seekor kambing pada hari ini juga berharga sekitar RM500-RM700 seekor. Itupun kambing yang besar.

Oleh itu masih belum terlewat untuk anda membuat pelaburan emas, beli jokong emas dan dinar supaya anda tidak akan terjerumus kelembah inflasi yang meninggi.

Hubungi saya sekiranya berminat! Amin 019-9133093

Ilmu & Emas

Saya amat tertarik dengan satu article yang dikeluarkan oleh En Syukor Hasim, admin jutawanemas.com. berkaitan ilmu & emas.

Berikut adalah sedutan daripada article belaiu:

Apakah yang menyebabkan anda kaya? Daripada tak kaya anda boleh jadi kaya.
Daripada kaya.. anda boleh jadi lebih kaya.. Teramat kaya... sampai jadi billionaire

Emas? Berlian Duit? Saham? Perniagaan? ermmm.... bukan... bukan...

Jawapannya ialah ilmu

Ya, Jawapannya ialah ilmu + amal

Tujuan saya menulis artikel artikel kat jutawanemas.com nie sebenarnya ialah untuk berkongsi ilmu. Dulu anda tak tahu pasal pelaburan emas. Sekarang anda dah pun berilmu... dah pandai pun... kalau tak pandai lagi pun at least boleh tanya-tanya kat forum atau sembang-sembang emas betul tak?

Saya tak berikan anda emas. Tapi ilmu berkenaan emas dan pelaburan emas.

Saya selalu dapat soalan-soalan seperti ini..

"Jika saya ada RM20,000, kat mana paling untung jika saya nak melabur?"

Jawapan ikhlas saya ialah "Laburkan dalam ilmu pengetahuan" Kerana pulangannya adalah berlipat kali ganda.

Contohnya..
jika anda belajar ilmu pelaburan emas, anda boleh jadi jutawan emas.
Jika anda belajar ilmu pasal hartanah.. anda boleh jadi jutawan hartanah...
jika belajar ilmu internet marketing.. anda boleh jadi jutawan internet marketing...
jika belajar ilmu berkenaan forex.. anda boleh jadi jutawan forex..
jika belajar ilmu perniagaan... anda boleh jadi seorang jutawan dalam perniagaan...
jika belajar ilmu penulisan... anda boleh jadi jutawan dalam bidang penulisan...

Dengan ilmu anda boleh jadi jutawan dalam apa jua bidang!

Rasulullah S.A.W pernah bersabda:

"Barangsiapa yang menginginkan dunia, maka hendaklah dengan ilmu",
"Barangsiapa yang menginginkan akhirat maka hendaklah dengan ilmu",
"dan barangsiapa yang inginkan keduanya sekali, maka hendaklah dengan ilmu."

Wah! menarik betul pesanan Rasulullah S.A.W kepada kita ya? Pendek tapi padat.

Saidina Ali bin Abi Talib karramallahu wajhah pernah menyatakan bahawa orang yang berilmu lebih baik daripada orang yang berharta.

Pada satu ketika ulamak-ulamak Khawarij telah menguji pengetahuannya. Mereka masing-masing mengemukakan pertanyaan yang serupa, dan diminta memberi jawapan yang berlainan tetapi mencakupi ruang lingkup yang sama. Pertanyaan itu ialah:

Manakah lebih baik, ilmu atau harta?

Saidina Ali memberikan jawapan-jawapan berikut:

"Ilmu lebih baik dari harta sebab ilmu adalah pusaka para Nabi dan Rasul, sedangkan
harta pusaka daripada Firaun, Qarun dan lain-lain"

"Ilmu lebih baik daripada harta sebab ilmu dapat menjaga dan memelihara pemiliknya, sedangkan harta mesti dipelihara oleh pemiliknya sendiri."

"Ilmu lebih baik daripada harta sebab ilmu membentuk banyak sahabat dan kawan sedangkan harta memperbanyakkan musuh dan lawan."

"Ilmu lebih baik daripada harta sebab ilmu apabila dikeluarkan semakin bertambah sedangkan harta apabila dikeluarkan semakin berkurangan dan akhirnya habis."

"Ilmu lebih baik daripada harta kerana orang-orang yang berilmu selalu mendapat panggilan mulia dan hormat daripada masyarakat. Sedangkan orang yang berharta seringkali mendapat panggilan yang rendah."

"Ilmu lebih utama dari harta sebab ilmu tidak boleh dicuri daripada pemilik nya tetapi harta dapat dicuri, hilang dan sebagainya."

"Ilmu lebih baik dari harta kerana orang-orang yang berilmu pada hari qiamat akan mendapat pertolongan daripada ilmu yang dikembangkan, sedangkan orang yang berharta akan dihisab dan diminta bertanggungjawab terhadap pemakaian harta tersebut."

"Ilmu lebih baik dari harta kerana ilmu tidak boleh habis walaupun tidak ditambah, sedangkan harta lambat laun akan habis."

Pak Hamka pula berkata:

"Ada ilmu ada harta jadi orang mulia,
ada ilmu tidak ada harta jadi hamba orang,
kalau tidak ada ilmu tidak ada harta jadi binatang."

Kesimpulannya ilmu dapat menjamin seseorang itu untuk bertindak dengan kebijaksanaan. Maka tuntutlah seberapa banyak ilmu supaya anda dapat menilai sesuatu dengan minda bukan dengan nafsu. Ilmu emas dapat memberi keuntungan sekiranya anda mempergunakan ilmu tersebut dengan tindakan yang betul. Ilmu+amal+emas=alhamdulillah syukur!

Akaun Simpanan Emas

Selain membeli emas fizikal, kini anda boleh membeli emas menggunakan akaun simpanan emas.

Di Malaysia terdapat 3 bank yang menyediakan perkhidmatan ini iaitu:

1. Public bank – Gold Investment Account (GIA)
2. Maybank – Gold Saving Passbook Account (GSPA)
3. Terbaru sekali dibawah kendalian Kuwait Finance House

Kebaikan akaun simpanan emas:

1. Kos modal yang rendah, dimana anda boleh melabur dengan kuantiti yang sedikit ( 5 gram untuk Maybank dan 20 gram untuk Public bank)

2. Mudah. Anda tak perlu risau tentang penyimpanan emas kerana transaksi jual beli direkodkan dalam buku. Kalau buku hilang pun tak kisah, boleh gi bank utk ganti.

3. Boleh withdraw emas fizikal kalau nak, tapi kena bayar kos insurans dan pengangkutan.

Kelemahan:

1. Memandangkan anda tak dapat emas fizikal, maka tak boleh gadai kalau nak pakai duit. Anda terpaksa menjual emas tersebut untuk dapat cash. Kalau anda pajak emas fizikal, sebarang kenaikan harga emas akan menguntungkan kerana emas tersebut masih milik anda.

2. Anda tak boleh lihat dan pegang emas fizikal. Memang berbeza rasanya emas fizikal dan buku simpanan emas.

3. Transaksi belian dan jualan boleh dilakukan waktu banking hours sahaja dan mesti melalui kaunter.

4. Kena beli pakai cash. Kalau beli kat kedai emas, boleh pakai credit card.

Kesimpulan, anda boleh membuat pilihan untuk melabur dalam simpanan emas fizikal atau dalam bentuk akaun simpanan emas. Yang penting anda mempunyai kesedaran untuk melabur. Sekiranya anda berminat untuk melibatkan diri dalam pelaburan dan perniagaan emas, maka emas fizikal Public Gold membuka peluang untuk anda. Sambil melabur kita dapat berniaga! Sambil menunggu keuntungan kita buat keuntungan dengan pantas!