04 January 2011

Mulakan pelaburan Emas sekarang!

Assalamualaikum w.b.t,

Mulakan azam tahun baru 2011 anda dengan bertekad untuk menyimpan dan membuat pelaburan emas. Walaupun bermula dengan sedikit, 20g, 50g, 100g atau 1 Dinar dan seterusnya. Tidak mustahil lama-lama tanpa disedari mungkin emas anda berjumlah 1kg,2kg dan ber kg2 sekiranya anda lakukan dengan konsisten. Yang penting anda kena letakkan keazaman untuk menukar wang ringgit kepada bentuk emas. Sedarlah bahawa emas adalah suatu jenis pelaburan yang menguntungkan kerana emas sentiasa akan naik dan naik.

Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW telah bersabda "Akan tiba suatu zaman dimana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan)-Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal.

Keterangan diatas menguatkan lagi kepentingan membuat simpanan dalam bentuk emas dan dirham kerana akan sampai suatu masa dimana semua benda yang ada diatas dunia ini tiada nilai kecuali dinar dan dirham. Maka perlu dipercepatkan usaha dan semangat anda untuk melabur dalam emas.

Fakta kenaikan harga emas pada tahun 2010, bermula 1 Jan 2010 sehingga 1 Jan 2011 menunjukkan kenaikan emas sebanyak 29% lebih. Ini menunjukkan keuntungan teramat tinggi sekiranya dibandingkan dengan pelaburan ASB dan sebagainya. Terdapat perbezaan diantara pelaburan wang ringgit dan pelaburan emas. Sekiranya anda memilih untuk membuat pelaburan wang ringgit, maka anda perlu berfikir tentang kenaikan kadar inflasi setiap tahun. Sebagaimana yang diketahui wang ringgit merupakan duit kertas yang akan susut nilai. Lebih-lebih lagi dengan kenaikan harga barang, minyak dan sebagainya. Oleh yang demikian keuntungan dividend daripada nilai pelaburan wang ringgit tersebut sepatutnya ditolak dengan kadar inflasi.

Akan tetapi, pelaburan dalam bentuk emas fizikal amat menguntungkan kerana emas tidak akan terjejas oleh inflasi. Dan yang lebih utama dengan pelaburan emas kita dapat membantu sahabat-sahabat seagama yang mengalami kemiskinan dan sebagainya kerana hasil daripada zakat yang dikeluarkan sebanyak 2.5%. Sekiranya keuntungan 29% - 2.5% (zakat), maka keuntungan pelaburan emas tadi masih tinggi iaitu 26.5%. Yang penting keuntungan tinggi pahala pun dapat. Emas tak lekang dek inflasi!

Emas dapat mengekalkan kuasa beli dalam jangka waktu yang panjang. Dengan kata lain, apa yang boleh dibeli oleh emas ratusan tahun malah ribuan tahun dahulu masih boleh dibeli dengan berat emas yang sama pada masa sekarang. Satu contoh yang paling popular bagi menunjukkan kuasa beli emas yang sangat stabil ialah harga seekor kambing di dalam nilai dinar (dinar merujuk kepada syiling emas seberat 4.25 gram dengan ketulenan
22 karat atau emas jenis 916)

Ketika zaman Rasulullah SAW 1400 tahun yang lalu, harga seekor kambing ialah 1 dinar.

Perkara ini diceritakan di dalam hadis Rasulullah SAW.

Dilaporkan oleh Ahmad dalam Musnadnya, daripada ‘Urwah yang bermaksud:

“(Pada suatu hari) Rasulullah s.a.w menemui sekumpulan binatang ternakan yang hendak dijual. Lalu Rasulullah s.a.w memberi kepadaku satu dinar dan berkata: “Wahai Urwah, pergi kepada lelaki tersebut dan belikan untukku seekor kambing.” Akupun pergi menemui lelaki tersebut dan melakukan tawar menawar sehingga aku dapat membeli dua ekor kambing dengan harga satu dinar.

Kemudian aku membawa kedua ekor kambing tersebut. Di perjalanan, seorang lelaki menemui aku dan ingin membeli salah seekor kambing daripadaku. Lalu aku menjualnya dengan harga satu dinar. Kemudian aku berjumpa Rasulullah s.a.w dengan membawa seekor kambing dan satu dinar lalu aku berkata: “Wahai Rasulullah, inilah dinar dan kambing milikmu.”

Rasulullah bertanya: Bagaimana kamu melakukannya? Akupun menceritakan kepada Baginda apa yang telah aku lakukan lalu Baginda berkata: “Ya Allah, berkatilah perniagaannya.”

Adakah anda sedar selepas 1400 tahun, kita masih boleh membeli kambing dengan harga 1 Dinar. Untuk makluman anda, harga 1 Dinar pada hari ini, 4 Januari 2010 adalah berharga RM 663. Seekor kambing pada hari ini juga berharga sekitar RM500-RM700 seekor. Itupun kambing yang besar.

Oleh itu masih belum terlewat untuk anda membuat pelaburan emas, beli jokong emas dan dinar supaya anda tidak akan terjerumus kelembah inflasi yang meninggi.

Hubungi saya sekiranya berminat! Amin 019-9133093

No comments:

Post a Comment