04 January 2011

Akaun Simpanan Emas

Selain membeli emas fizikal, kini anda boleh membeli emas menggunakan akaun simpanan emas.

Di Malaysia terdapat 3 bank yang menyediakan perkhidmatan ini iaitu:

1. Public bank – Gold Investment Account (GIA)
2. Maybank – Gold Saving Passbook Account (GSPA)
3. Terbaru sekali dibawah kendalian Kuwait Finance House

Kebaikan akaun simpanan emas:

1. Kos modal yang rendah, dimana anda boleh melabur dengan kuantiti yang sedikit ( 5 gram untuk Maybank dan 20 gram untuk Public bank)

2. Mudah. Anda tak perlu risau tentang penyimpanan emas kerana transaksi jual beli direkodkan dalam buku. Kalau buku hilang pun tak kisah, boleh gi bank utk ganti.

3. Boleh withdraw emas fizikal kalau nak, tapi kena bayar kos insurans dan pengangkutan.

Kelemahan:

1. Memandangkan anda tak dapat emas fizikal, maka tak boleh gadai kalau nak pakai duit. Anda terpaksa menjual emas tersebut untuk dapat cash. Kalau anda pajak emas fizikal, sebarang kenaikan harga emas akan menguntungkan kerana emas tersebut masih milik anda.

2. Anda tak boleh lihat dan pegang emas fizikal. Memang berbeza rasanya emas fizikal dan buku simpanan emas.

3. Transaksi belian dan jualan boleh dilakukan waktu banking hours sahaja dan mesti melalui kaunter.

4. Kena beli pakai cash. Kalau beli kat kedai emas, boleh pakai credit card.

Kesimpulan, anda boleh membuat pilihan untuk melabur dalam simpanan emas fizikal atau dalam bentuk akaun simpanan emas. Yang penting anda mempunyai kesedaran untuk melabur. Sekiranya anda berminat untuk melibatkan diri dalam pelaburan dan perniagaan emas, maka emas fizikal Public Gold membuka peluang untuk anda. Sambil melabur kita dapat berniaga! Sambil menunggu keuntungan kita buat keuntungan dengan pantas!

No comments:

Post a Comment