04 October 2012

Available Stock - Silverbar 100g, 250g dan 500g

Assalamualaikum,

Kepada yang berminat untuk membeli dan menyimpan jokong perak/silverbar, stock berkenaan ada dan boleh collect terus setelah bayaran dibuat. Harga tersebut ialah pada ketika artikel ini dipaparkan iaiatu 4 Oktober 2012 jam 4.35pm.

Harga berubah setiap 20 minit dan sila refer disebelah untuk real time price



Bagi mereka yang berminat nak beli emas@ nak borong emas, boleh hubungi saya juga di talian 019-9133093. Nak jadi dealer pun boleh. Saya masih memerlukan dealer2 diseluruh Malaysia.

Amir Yusoff
Priority Dealer (PG004241)

emaspublic2u@gmail.com
019-9133093




30 September 2012

Pertama di Malaysia, Pajak Perak!

Sebelum ini ramai yang confius apabila mengetahui emas goldbar dan gold coin tidak diterima untuk pajakan/ gadaian, tetapi bermula pada 1 Oktober 2012, Public Gold telah membina satu platform baru untuk anda memajak.


Anda boleh menggadaikan SEBARANG produk emas dan perak Public Gold di Ar-Rahnu Koperasi Dagang Emas. Cawangan pertama di Pulau Pinang. 

Untuk Emas, pinjaman sehingga 70% dari nilai PG we sell manakala jongkong Perak pula pinjaman adalah 50% dari nilai perak tersebut. 

Upah simpan adalah 1% sebulan. 

So lepas ni pasti silver juga akan menjadi rancak macam emas. Kalau terdesak atau ingin memaksimakan pelaburan boleh guna teknik pajak dan beli. Diharap cawangan di Kelantan akan wujud secepat mungkin juga.
Jadi, bagi mereka yang berminat nak beli emas@ nak borong emas, nak beli perak@ nak borong perak boleh hubungi saya di talian 019-9133093. Nak jadi dealer pun boleh. Saya masih memerlukan dealer2 diseluruh Malaysia.

Amir Yusoff
Priority Dealer (PG004241)

emaspublic2u@gmail.com
019-9133093

26 September 2012

Pergerakan harga emas 26 September 2012


Jika diperhatikan kepada graph berwarna hijau diatas, harga emas sedikit menurun  berbanding semalam (25 Sep 2012) tetapi masih tinggi jika dibanding dengan harga kelmarin (24 Sep 2012)

Jadi, bagi mereka yang berminat nak beli emas@ nak borong emas, boleh hubungi saya di talian 019-9133093. Nak jadi dealer pun boleh. Saya masih memerlukan dealer2 diseluruh Malaysia.

Amir Yusoff
Priority Dealer (PG004241)

emaspublic2u@gmail.com
019-9133093

23 September 2012

Harian Metro 20 September 2012

Harian metro keluaran 20 September 2012 pun ada yang dah menjangka harga emas akan naik. Jadi, saya harap anda yang belum mula menyimpan tu cepat2 la beli emas, takut lepas ni harga emas naik mencanak, tak mampu dah kita nak beli nanti

Jadi, bagi mereka yang berminat nak beli emas@ nak borong emas, boleh hubungi saya di talian 019-9133093. Nak jadi dealer pun boleh. Saya masih memerlukan dealer2 diseluruh Malaysia.

Amir Yusoff
Priority Dealer (PG004241)

emaspublic2u@gmail.com
019-9133093

Teknik mudah nak tahu pergerakan harga emas

Assalamualaikum & Salam Sejahtera;

Cara paling senang kita hendak tahu samaada harga emas tengah naik, turun atau stabil adalah sebagaimana dijelaskan dibawah.

Kebanyakan kita yang masih baru nak bercinta dengan emas ini tidak tahu untuk kenalpasti harga emas samaada dalam keadaan menaik atau menurun. Ada yang kata kalau nak lihat harga emas kita perlu tengok di berita di TV, bertanya tokey barang kemas, tengok dalam surat khabar, tengok di internet dan bermacam-macam lagi

Tidak dinafikan memang ada bermacam cara tetapi yang paling mudah dan senang kita tengok kitco live price chart. Ini kerana harga emas dunia diperdagangkan dalam USD berdasarkan harga di kitco sendiri. http://www.kitco.com/charts/

Memandangkan harga semua produk Public Gold di kemaskini setiap 20 minit berdasarkan pergerakan live price di kitco, adalah SANGAT PERLU untuk kita sentiasa aware dan alert dengan pergerakan harga di kitco live price chart (ini cara paling amatur, bg yang lebih pro, mereka akan lihat pergerakan harga di MT4)

 
Dari kitco live chart yg simple ini, kita boleh lihat pergerakan harga semasa (garisan warna hijau) berbanding harga semalam (garisan warna merah) dan harga kelmarin (garisan warna biru).

Dari situ, kita boleh buat perbandingan, sama ada harga sedang naik atau sedang turun.

Jika sedang turun, cepat-cepat tengok jadual harga bagi setiap produk PG yang ingin dibeli dan hubungi dealer berdekatan sebelum harga naik semula. Keputusan bertindak berada ditangan anda dan anda yang dapat menentukan sama ada anda ingin untung atau anda ingin terus bersama inflasi. (simpan wang kertas yang mempunyai susut nilai).

Harga akan sentiasa di update setiap 20 minit. Jika tak sempat lock masa harga turun, sangat lah rugi. Kerana di Malaysia ini, hanya syarikat Public Gold sahaja yang menawarkan pembelian emas dan perak berdasarkan harga live price berdasarkan kitco live price yg sentiasa dikemaskini setiap 20 minit. Kebanyakan syarikat lain hanya akan update harga mereka sekali sahaja setiap hari.


Jadi, bagi mereka yang berminat nak beli emas@ nak borong emas, boleh hubungi saya di talian 019-9133093. Nak jadi dealer pun boleh. Saya masih memerlukan dealer2 diseluruh Malaysia.

Amir Yusoff
Priority Dealer (PG004241)

emaspublic2u@gmail.com

019-9133093

Tukar Duit kepada Emas dan jadi Tokey Emas

Pendaftaran dealer semasa awal penubuhan PUBLIC GOLD, kita memerlukan modal yang agak besar (~RM40,000) untuk membeli set dealer yang terdiri dari goldbar 20g, 50g, 100g, syiling 50g, 1 dinar, 5 dinar & 10 dinar. Semuanya ditempatkan di dalam kotak yang sangat cantik.

Bermula promosi sempena Aidil Fitri 2010, PUBLIC GOLD memudahkan individu yang berminat untuk menyimpan sambil berniaga mendaftar sebagai dealer dengan modal permulaan minimum RM20,000 sahaja untuk pembelian mana2 produk PUBLIC GOLD dalam 1 resit. Promosi berkenaan telah dimaktubkan sebagai syarat kelayakan mendaftar sebagai Normal Dealer sehingga sekarang, dengan komisen 1% bagi setiap pembelian.

Oleh itu, bagi mereka yang mempunyai modal seminimum RM20,000 dalam buku bank. Simpan sahaja duit kertas tersebut tidak akan mendatangkan keuntungan maksimum, kerana wang kertas terdedah kepada inflasi. RM 20,000 hari ini akan berkurang kuasa belinya pada sepuluh tahun akan datang. Walaupun kalau dilaburkan dengan kenaikan 8% setahun, ia tetap dianggap tidak berbaloi kerana matawang mengalami kadar inflasi sekitar 4%. Tetapi kalau dengan RM 20,000 itu digunakan untuk membeli emas, kalau anda simpan setahun nilainya dengan kadar kebiasaannya 27% akan menjadi RM 25,400. Kalau sepuluh tahun akan menjadi RM54,000.


TETAPI menurut Allahyarham Dato' Saleh Majid (bekas CEO Bursa Saham) kenaikan harga emas 250% dalam masa lima tahun kebelakangan. Ini bererti kalau RM20,000. Lima tahun berikutnya akan ada kenaikan RM50,00. Ini berertinya duit anda boleh menjadi sehingga RM70,000 pada tahun 2015. Walaupun andaian ini tidak tepat 100%, tetapi, sejarah telah membuktikan kenaikan harga emas sepanjang tempoh tersebut mampu membuatkan anda tersenyum lebar berbanding dengan kawan2 anda yang hanya menyimpan wang di dalam akaun2 tertentu. Hanya orang yang menyimpan emas 5-10 tahun kebelakangan ini mampu mempercayai fakta ini dan mereka sudah pun menuai hasil.


Kalau anda bijak, cerdik, pandai dan celik, anda mampu menjana lebih keuntungan apabila bergelar DEALER. Sambil menyimpan emas, anda boleh berniaga. Normal Dealer akan mendapat komisen 1% setiap pembelian emas. Untuk menjadi Normal Dealer, anda mestilah membeli tidak kira apa2 produk PUBLIC GOLD seperti goldbar, dinar atau silver bar. Beli dengan nilai miimum RM20,000 tersebut automotik anda jadi dealer, komisen 1% dari belian RM20,000 tersebut akan dimasukkan ke akaun anda pada 20hb berikutnya. Sekali gus anda sudah boleh berniaga emas. Kalau ada yang nak beli emas dari anda, juallah apa yang ada pada anda. Kalau tak cukup, order/lock lagi dari syarikat.
[Tips : selepas menjual setiap apa yang ada di tangan, terus lock untuk memastikan emas simpanan anda tidak akan pernah berkurang dari asal]

Sistem online yang dibangunkan oleh PUBLIC GOLD, memudahkan semua urusan pembelian/lock harga di mana jua anda berada. Jika tidak berada di hadapan komputer pun, dengan mengguna handphone, kita masih mampu membuat pembelian/lock harga menggunakan sms. Kita juga boleh berurusan dengan semua yang berada di Malaysia, kerana PUBLIC GOLD telah mempunyai cawangan di hampir setiap negeri. Anda/customer anda boleh lock melalui online atau sms, selepas bayaran dibuat, item2 yang telah di lock boleh diambil di cawangan pilihan anda/customer anda. Apa tunggu lagi.

Apa yang dapat saya simpulkan, berurusan dengan PUBLIC GOLD adalah :

(i)sangat TELUS - harga selling & harga buying terpapar di web, semua dealer, HQ & cawangan Public Gold mengguna harga yang sama

(ii)sangat PANTAS - semua urusan di hujung jari, sama ada melalui online atau sms

(iii) sangat MUDAH - hubungi saya utk lock harga > tunggu Sales Order dari PG > buat bayaran ke akaun PG (Maybank @ Public Bank) > ambil item di lock di cawangan PG seluruh Malaysia yang anda telah pilih

Sebarang pertanyaan sila hubungi 019-9133093 (Amin)

21 March 2012

Beli Emas Guna Duit Kutu

sumber: http://www.hmetro.com.my/articles/Beliemasgunaduitkutu/Article/artikelMA









“KALAU diikutkan, semua orang ada saja benda mahu dibeli, termasuk saya yang sentiasa terfikir untuk membeli emas. Disebabkan mahal, saya terpaksa bermain kutu dengan rakan untuk memiliki emas,” kata peniaga ayam di Pasar Siti Khadijah, Kota Bharu, Kamariah Md Hanafi, 50.

Kamariah menganggap membeli emas sebagai pelaburan menguntungkan kerana ia boleh dijadikan aset berikutan harganya sentiasa meningkat.

Katanya, bermain kutu cara paling praktikal bagi mereka yang tidak mampu atau tidak memiliki banyak wang.

“Saya menempah barang kemas sebulan sebelum menerima duit kutu. Sebaik menerima wang, saya terus ke kedai emas dan mengambil tempahan.

“Sebagai contoh, setiap seorang daripada 25 pemain kutu membayar RM50 sehari. Kami membuat cabutan 10 hari sekali dan setiap penerima mendapat RM12,500.

“Kaedah ini dilakukan sejak bertahun-tahun lalu dan ia membantu kami mengumpul banyak wang pada satu-satu masa,” katanya.

Dia yang berniaga ayam segar sejak 24 tahun lalu mengakui perniagaannya banyak membantunya memberi pendapatan tetap, sekali gus membolehkannya menyertai rakan lain bermain kutu.

Katanya, permainan kutu tidak tamat selepas masing-masing mendapat habuan, sebaliknya diteruskan supaya setiap pemain mempunyai sumber kewangan sampingan.

“Jika mahu lebih banyak wang kutu, saya akan memasukkan tiga nama iaitu anak dan adik sebagai penama.

“Itupun terpulang kepada sasaran yang hendak dibeli dan memang satu kepuasan apabila mendapat duit kutu kerana ia juga boleh digunakan untuk melangsaikan hutang lama dan menanggung anak yang masih belajar,” katanya.

Wanita gigih itu menegaskan, hasil duit kutu bukan saja membolehkannya membeli barang kemas, malah digunakan untuk membeli sebuah rumah berharga hampir RM200,000.

Kamariah berkata, minatnya terhadap barangan kemas sebenarnya diwarisi daripada arwah bapanya, Hanafi Ibrahim yang menjadi tukang emas.

Katanya, kehebatan ukiran arwah bapanya yang terkenal dengan panggilan ‘Napi tukang emas’ memberi laluan mudah kepadanya untuk membeli barang kemas di kebanyakan kedai di negeri Cik Siti Wan Kembang itu.

“Arwah bapa bersahabat baik dengan seorang perintis emas tersohor di negeri ini. Namun, disebabkan ayah hanya pandai bertukang tapi kekurangan modal untuk membuka kedai emas, saya memanfaatkan kepakarannya dan kini saya pula menjadi ‘ketua kutu’ kepada rakan peniaga lain,” katanya.

Sambil menunjukkan sebahagian barangan kemas miliknya, Kamariah yang lebih mesra dengan panggilan Kak Yah mendakwa dengan hasil pelaburan itu, dia mampu membesar dan menanggung pelajaran anak hingga ke universiti.

Bagaimanapun, katanya, membentuk pasukan kutu tidak semudah disangka kerana bakal berdepan risiko seperti ahli yang tidak jujur.

“Bermain kutu memerlukan ahli yang boleh dipercayai. Saya sebagai ketua akan memilih ahli daripada rakan peniaga di sekeliling kami.

“Lagipun, kami sudah lama saling mengenali dan kebanyakan mereka ialah peniaga keropok, barangan runcit, buah-buahan dan peniaga kain.

“Kami kenal lebih 20 tahun kerana sama-sama berniaga di pasar sama. Ia juga memudahkan ‘urusan’ me­ngutip duit kutu setiap hari,” katanya yang berasal dari Tumpat, 10 kilometer dari Kota Bharu.


Hias diri, pelaburan paling utama

SEPASANG suami isteri berpakat membuka kedai emas di Kota Bharu, Kelantan tiga tahun lalu berikutan minat mendalam terhadap perniagaan itu.

Kini Tengku Nor Alani Tengku Alang, 37, dan suami, Muhamad Faris Abdul Rashid, 37, boleh tersenyum puas apabila Putri Jewels semakin mendapat tempat di hati penggemar emas dengan lima cawangan sendiri, selain dua cawangan francais.

Menurut Tengku Nor Alani, kebanyakan masyarakat tempatan gemar menjadikan barangan kemas bukan hanya sebagai perhiasan tetapi turut menjual atau melabur saat harga melonjak di pasaran.

“Boleh dikatakan dalam sehari, kita memperoleh 10 orang atau lebih pembeli emas yang rata-rata menjadikan ia sebagai perhiasan diri atau untuk pelaburan.

“Jangan terkejut jika ada lelaki datang membeli jongkong emas melebihi dua kilogram. Bayangkan harga satu kilogram jongkong emas kira-kira RM170,000 ke atas, jika jongkong yang ada lakaran atau ‘paten’ harganya mencecah RM181,000 sekilogram.

“Kebanyakan pembeli membuat belian bukan hanya untuk satu kilogram. Kalau dilihat gaya pakaian yang sederhana, anda tidak akan percaya mereka mampu membeli emas dalam jumlah sedemikian.

“Kebanyakan mereka adalah golongan peniaga, pesara, guru atau yang tahu selok-belok emas dan mereka akan menjualnya semula apabila harga mencapai sasaran keuntungan.

“Mungkin ketika menjualnya, harga melonjak dan mereka mendapat pulangan maksimum. Itu tidak termasuk mereka yang gemar menjadikan syiling emas (dinar) atau wang perak (dirham) atau pelbagai bentuk koleksi lain untuk tujuan sama.

“Tepuk dada tanya selera dan terpulang kepada individu untuk menyimpan emas mengikut cara masing-masing,” katanya.

Jika Putri Jewels milik pasangan suami isteri, Kedai Emas & Permata Mohd Said, iaitu kedai emas paling lama di Kelantan, adalah legasi perniagaan keluarga.

Seorang anak Allahyarham, Razali Mohd, 59, adalah generasi kedua mengusahakan perniagaan yang dirintis bapanya sejak 1960-an.

Menurut menantunya, Rohani Mohamad, 53, kebanyakan orang di negeri Cik Siti Wan Kembang gemar membeli barangan kemas untuk tujuan perhiasan dan pelaburan.

“Tidak dinafikan, sambutan terhadap jualan emas setiap hari sentiasa ada pembelinya antara 10 hingga 20 orang memandangkan kebanyakan mereka berfikiran jauh.

“Rata-rata masyarakat di sini gemar memiliki emas dan budaya itu tertanam dalam masyarakat sejak dulu sebab ia sungguh berguna kepada pemiliknya.

“Yang menarik, sepanjang berniaga sejak berpuluh tahun dulu, persaingan sesama peniaga sangat positif. Lebih membanggakan, tahun lalu kedai kami mendapat Anugerah Harga Patut disampaikan Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Ismail Sabri Yaakob,” katanya.

Sambutan hangat masyarakat Kelantan terhadap emas juga mendorong
syarikat tersohor, Habib Jewels Sdn Bhd, membuka cawangan ke-22 di negeri itu.

Menurut pengurus cawangannya, Rosmayati Harun, ketika pembukaan cawangan itu pada 14 Oktober 2010, jualan melebihi RM200,000 dengan jumlah pelanggan lebih 500 orang.

“Sebenarnya, dalam usia lebih 50 tahun syarikat ini, walaupun ia bermula di Pulau Pinang, kebanyakan ejennya dari Kelantan.

“Untuk itu, inisiatif pembukaan cawangan ini adalah sebagai penghargaan kepada mereka yang gemarkan koleksi Habib yang sentiasa mengikut aliran terkini.

“Pemerhatian terhadap trend pasaran di sini mendapati, mereka membeli emas kerana pelaburan yang dianggap berbaloi dan ramai orang tempatan suka emas 916.

“Namun ada juga yang sukakan permata dan untuk itu promosi terhadap emas mahupun permata sentiasa dilakukan dari semasa ke semasa, terutama musim
cuti sekolah atau perayaan tertentu,” katanya.


Harga emas jarang menjunam

MEMBELI emas sebagai pelaburan sudah lama menjadi amalan wanita di pantai timur, terutama di Kelantan. Jika tidak memiliki walau seurat emas, dia seolah-olah tidak sempurna pada pandangan masyarakat, budaya atau cara hidup golongan Hawa di negeri Cik Siti Wan Kembang itu.

Jika dulu hanya wanita membeli barang kemas sebagai perhiasan, trend hari ini makin berubah apabila lelaki turut membeli logam berharga itu sebagai pelaburan atau mengekalkan reputasi.

Perkara itu diakui pemilik Dyana Jewels, Datuk Suhaimi Hashim yang berpengalaman lebih 12 tahun di bidang berkaitan dengan meneruskan legasi perniagaan ibunya di Kuala Terengganu dan kini memiliki beberapa cawangan di Kuala Lumpur.

Menurutnya, gagasan menguasai ekonomi baru dunia memperlihatkan China dan India sebagai negara paling ramai rakyatnya memiliki emas, diikuti Vietnam.

“Kebanyakan rakyat di negara berkenaan menjadikan emas sebagai aset untuk dilaburkan di kala kehidupan susah. Ini kerana mereka percaya emas tidak pernah susut nilai atau menurun.

“Hakikatnya, harga emas jarang menjunam berbanding komoditi lain. Tidak hairan jongkong emas kini menjadi pilihan ramai lelaki yang didorong sifat ingin mengekalkan kekayaan kerana harganya sentiasa stabil di pasaran. Kalau jatuh pun, ia hanya sementara.

“Disebabkan ia pelaburan menguntungkan, emas kini bukan sekadar lambang status diri semata-mata,” katanya.

Suhaimi turut membuat perbandingan antara kereta dengan emas. Sebagai contoh, kebanyakan kereta yang dibeli dengan harga RM100,000 akan susut nilai sehingga RM50,000 apabila digunakan selama lima tahun berbanding emas yang dibeli dengan harga RM20,000 mungkin bernilai RM200,000 dalam tempoh lima tahun lagi.

“Ini menyebabkan permintaan terhadap emas sentiasa tinggi berbanding barangan lain,” katanya.

Sebagai perbandingannya, katanya, harga satu aun emas cuma RM30 ketika beliau mula menceburi bidang itu 12 tahun lalu tetapi kini meningkat tujuh kali ganda.

Mengenai jenis emas, Suhaimi berkata, ‘emas 10’ atau 999 iaitu bersamaan 24k (karat iaitu 99.9 peratus kandungan emasnya (tulen) paling mahal di Malaysia.

Ini diikuti ‘emas 95’ (950) yang juga dikenali sebagai emas pound (23k iaitu 95.4 peratus kandungan emas tulen) dan ‘emas 916’ (22k iaitu 91.6 peratus kandungan emas tulen).

Bagaimanapun, katanya, kebanyakan pembeli memilih emas 916 kerana ia dianggap ‘standard’ sama ada di segi harga atau piawaiannya.

Bagi mengelak ditipu, Suhaimi menasihati bakal pembeli meneliti tanda ‘karat’ pada perhiasan emas dijual, selain tanda atau cop dagangan untuk mengenal pasti pembuatnya.

Menurutnya, di kebanyakan negara, setiap pengeluar barang kemas diwajibkan mengecop simbol karat pada perhiasan emas dan dikawal melalui sistem ‘hallmark’ (cap kempa) yang berasal daripada Goldsmiths’ Hall, London sejak abad ke-14. Peraturan itu diwajibkan di Belanda, Mesir, Britain, Perancis dan Bahrain.

“Di Malaysia, kebiasaannya cop diletakkan di kancu emas sama ada jenis 999, 950, 916. Selain itu, ada juga dicop dengan karat seperti 22k, 18k, 14k. Ada juga dicop bersama tempat pengeluaran barang kemas itu.

“Ia penting kerana jika tiada undang-undang mengawalnya, pengilang akan sewenang-wenangnya mengecop sendiri barang kemas mengikut cop perusahaan mereka, termasuk karat dan ketulenan, tanpa pengawasan. Oleh itu, pengguna mesti bijak dan perlu mengambil resit yang mencatatkan jenis emas dibeli. Jika bercanggah dengan apa yang tercatat pada resit, pembeli boleh membuat aduan,” katanya.

Bagaimanapun, bak kata pepatah hanya jauhari yang mengenal manikam, Suhaimi mengakui hanya segelintir orang dapat mengenal pasti sama ada emas dibelinya tulen atau palsu.

“Macam saya yang sudah lama di bidang ini, melihat pada jarak tiga meter pun saya dapat agak ia palsu atau tulen.

“Kita boleh lihat di segi warna dan beratnya serta pelbagai cara lain. Yang penting, beli barang kemas di kedai emas, bukan daripada orang sembarangan.

“Ada segelintir individu menawar untuk menjual barang kemasnya kepada orang ramai dengan harga terlalu murah dengan alasan terdesak dan perlukan duit segera. Perbuatan ini sungguh mencurigakan kerana kalau benar-benar perlukan wang, dia boleh menjualnya di kedai emas yang membeli dengan harga tinggi. Ia tentunya menimbulkan syak kerana kemungkinan emas itu palsu,” katanya.

Suhaimi juga menjelaskan, emas perlu dicampur dengan logam lain kerana ia terlalu lembut hingga tidak sesuai dipakai seharian.

“Emas perlu dicampur dengan logam lain supaya lebih keras dan tahan lasak. Menambahkan logam lain sebagai campuran ‘metallurgists’ membolehkan anda menukar warna emas. Paladium atau nikel boleh ditambah untuk mencipta emas putih. Tembaga ditambah untuk menghasilkan warna mawar atau merah muda.

“Saduran emas adalah proses yang menggunakan kaedah elektrolisis. Lapisan emas pada barang kemas yang menggunakan kaedah saduran biasanya lebih nipis berbanding dalam bentuk emas salutan.

“Istilah mencuci emas atau mengilatkan barang kemas setahun sekali menggambarkan lapisan emas yang disadur sangat tipis,” katanya.



-tak percaya lagi ke Emas mampu melipatgandakan simpanan wang kita? bijak sungguh peniaga-peniaga wanita di Kelantan yang bermain kutu dan membeli emas untuk simpanan jangka panjang.


Emas masih lagi mampu dibeli kerana jongkong emas keluaran Public Gold yang paling kecil dengan berat 10g dan harga pada masa ini 21/3/2012 @ 1210pm ialah hanya RM1821


Kalau masih tidak mampu membeli jongkong emas seberat 10g, ada lagi dinar emas 1Dinar (4.25g) berharga RM740. Tetapi sekiranya anda seorang yang celik EMAS, pelaburan yang tinggi anda confirm akan mendapat keuntungan berlipatganda.


Jangan lepaskan peluang mendapatkan emas dengan saya: sms@call 019-9133093








20 March 2012

KENAPA UNTUNG TINGGI BELI EMAS PUBLIC GOLD- FAKTA HARGA SPREAD

HARGA SPREAD adalah perbezaan antara harga belian (WE SELL) dengan harga jualan (WE BUY). HARGA SPREAD yang terendah adalah yang terbaik untuk kita beli emas tersebut. Formula HARGA SPREAD adalah sebagaimana berikut:

HARGA SPREAD = Harga WE SELL - Harga WE BUY

Peratusan HARGA SPREAD = (Jumlah HARGA SPREAD / Harga WE BUY) x 100

PUBLIC GOLD :
- 10g lingkungan 8.0%
- 20g lingkungan 6.0%
- 50g lingkungan 5.5%
- 100g lingkungan 5.0%
- 1000g lingkungan 4.0%
- 250g lingkungan 4.5%

PUBLIC DINAR :
- 1 Dinar lingkungan 6.0%
- 5 Dinar lingkungan 5.5%
- 10 Dinar lingkungan 5.0%

PUBLIC DINAR (iSeries) :
- 10gis lingkungan 10.0%
- 20gis lingkungan 10.0%
- 50gis lingkungan 10.0%
- 100gis lingkungan 10.0%
(terendah di Malaysia)

PUBLIC SILVER :
- 100g lingkungan 15.0%
- 250g lingkungan 14.0%
- 500g lingkungan 13.0%
- 1000g lingkungan 12.0%

Oleh yang demikian, peratusan harga spread yang lebih rendah mampu memberi pulangan yang tinggi dan pantas kepada pelabur yang hendak menjual balik emas mereka. Dengan fakta yang jelas diatas menunjukkan bahawa harga spread public gold masih terendah jika dibandingkan dengan institusi pelaburan emas yang lain.

19 March 2012

SMS PRICING IS NOW AVAILABLE

Pelanggan sekarang boleh semak harga product goldbar, silverbar, dinar dan jewellery dengan menggunakan SMS seperti berikut:

1) Type PG GOLDPRICE and send to 36828 to check the gold price

2) Type PG SILVERPRICE and send to 36828 to check the silver price

3) Type PG DINARPRICE and send to 36828 to check the dinar price

4) Type PG JEWELPRICE and send to 36828 to check the jewellery price(for both D and I series)

(RM0.30 will be charged for every successful request)

The command can be in capital letters or small letters. TQ