Zakat

1. Syarat wajib zakat emas dan perak ialah:
(a) milik orang Islam;
(b) dimiliki oleh orang yang merdeka;
(c) hak milik sepenuhnya;
(d) cukup nisab;
(e) genap setahun.

HIKMAH ZAKAT
1. Ibadat zakat yang difardukan mempunyai beberapa hikmat, misalnya:

(a) mendidik manusia berakhlak mulia sebagaimana yang dikehendaki oleh Islam;
(b) mewujudkan semangat persaudaraan yang kukuh di kalangan orang Islam;
(c) melahirkan masyarakat Islam yang aman dan harmoni;
(d) memajukan masyarakat dalam bidang ekonomi, sosial, dan pendidikan;
(e) melahirkan masyarakat yang tidak mementingkan diri sendiri, sebaliknya mengamalkan sikap tolong-menolong untuk kebaikan bersama.

2. Yang berikut menerangkan beberapa kepentingan zakat kepada umat Islam:

(a) memajukan masyarakat Islam dalam semua bidang seperti bidang ekonomi, sosial, pendidikan, dan lain-lain sebagainya;
(b) membangunkan ekonomi Islam melalui projek-projek perusahaan yang dapat memberi keuntungan kepada umat Islam;
(c) memperkukuh ekonomi umat Islam.
(d) umat Islam dapat hidup sejahtera, aman, dan harmoni;
(e) masalah sosial seperti kemiskinan, tidak cukup makanan, kebuluran, dan yang seumpama dengannya tidak akan berlaku;
(f) syair Islam dapat ditingkatkan dengan baik dalam keseluruhan kehidupan umat Islam.

3. Wang zakat yang dikutip daripada pembayaran zakat berperanan penting dalam membangunkan ekonomi umat Islam.

Contohnya:
(a) kerajaan dapat membina kilang-kilang perusahaan untuk menyediakan pekerjaan kepada orang Islam;
(b) kerajaan akan memberi pinjaman wang zakat kepada mereka yang berdaya maju dalam bidang perniagaan untuk meningkatkan ekonomi orang Islam;
(c) wang zakat dapat dilaburkan dalam industri yang halal yang menjamin pulangan yang lumayan;
(d) melalui wang zakat, kerajaan dapat membantu golongan yang susah dengan mengadakan projek yang berfaedah untuk meningkatkan pendapatan mereka.

4. Kepentingan harta zakat dalam pembangunan masyarakat:
(a) kerajaan dapat membina berbagai-bagai kemudahan asas seperti jalan raya, sekolah, masjid, padang permainan, balai raya, dan lain-lain;
(b) wang zakat dapat digunakan untuk membantu pelajar-pelajan Islam yang tidak berkemampuan untuk melanjutkan pelajaran;
(c) membantu golongan susah supaya dapat merasai kesenangan hidup.

ORANG YANG BERHAK MENERIMA ZAKAT
1. Orang fakir; orang yang tidak berharta untuk memenuhi keperluan asas.
2. Orang miskin; orang yang mempunyai harta tetapi hanya cukup memenuhi keperluan dirinya.
3. Amil; orang yang mengurus pungutan dan pembahagian zakat.
4. Mualaf; orang yang baru memeluk Islam (saudara baru).5. Hamba yang ingin memerdekakan dirinya.
6. Orang yang berhutang.
7. Orang yang berjuang pada jalan Allah S.W.T..
8. Musafir yang terkandas.

Zakat diwajibkan sekiranya emas yang disimpan cukup nisabnya. Sebagaimana Firman Allah s.w.t dalam surah at-Taubah ayat 34-35:

وَٱلَّذِينَ يَكۡنِزُونَ ٱلذَّهَبَ وَٱلۡفِضَّةَ وَلَا يُنفِقُونَہَا فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ فَبَشِّرۡهُم بِعَذَابٍ أَلِيمٍ۬ (٣٤) يَوۡمَ يُحۡمَىٰ عَلَيۡهَا فِى نَارِ جَهَنَّمَ فَتُكۡوَىٰ بِہَا جِبَاهُهُمۡ وَجُنُوبُہُمۡ وَظُهُورُهُمۡ‌ۖ هَـٰذَا مَا ڪَنَزۡتُمۡ لِأَنفُسِكُمۡ فَذُوقُواْ مَا كُنتُمۡ تَكۡنِزُونَ (٣٥

Dan (ingatlah) orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (34) (Iaitu) pada hari dibakar emas perak (dan harta benda) itu dalam Neraka Jahanam, lalu diselar dengannya dahi mereka dan rusuk mereka, serta belakang mereka (sambil dikatakan kepada mereka): Inilah apa yang telah kamu simpan untuk diri kamu sendiri, oleh itu rasalah (azab dari) apa yang kamu simpan itu. (35)

Kadar yang Wajib dikeluarkan ialah

Emas
Nisab emas ialah seberat 20 Miskal iaitu bersamaan 25 mayam 2.7108 saga emas ataupun bersamaan 85 gram menyamai atau lebih atau bersamaan 20 Dinar Emas. Kadar zakat emas yang cukup nisabnya ialah 2.5% dari jumlah keseluruhan.

Zakat Emas yang disimpan ( emas yang tidak dipakai walaupun sekali dalam setahun )

*Contoh Pengiraan
Anda mempunyai 100 gram emas. Harga terkini emas RM150/gram.
Jumlah zakat yang wajib dikeluarkan = 2.5% X RM15 000 = RM375

Zakat Emas yang dipakai

Zakat emas yang dipakai ( sebagai perhiasan) yang dipakai walaupun sekali dalam tempoh setahun tidak wajib dikeluarkan zakat. Tetapi jika beratnya melebihi "uruf" ( nilai kebiasaan pemakaian masyarakat setempat ) maka wajib dikeluarkan zakat dengan kadar 2.5% selepas berat emas ditolak dengan nilai uruf. Hanya berat emas sahaja yang dikira.

Kadar Uruf Negeri-negeri di Malaysia

1 Kedah 170 gram .Lebihan daripada uruf dikenakan zakat Telah difatwakan

2 Perlis 170 gram . Lebihan daripada uruf dikenakan zakat Telah difatwakan

3 Pulau Pinang 165 gram . Lebihan daripada uruf dikenakan zakat Telah difatwakan

4 Melaka RM 5,000 . Lebihan daripada uruf dikenakan zakat Telah difatwakan

5 Johor 850 gram .Lebihan daripada uruf dikenakan zakat Telah difatwakan

6 Negeri Sembilan 850 gram (lama) 200 gram (baru) Lebihan daripada uruf dikenakan zakat. Belum difatwakan bagi kadar ( uruf ) baru

7 Selangor 800 gram. Telah difatwakan

8 Wilayah 150 gram . Lebihan daripada uruf dikenakan zakat Telah difatwakan

9. Kelantan Tiada uruf

10. Terengganu 150 gram . Fatwa Terengganu 850 gram tetapi amalan yang digunapakai 150 gram. Akan dibuat kajian baru

11. Pahang 200 gram . Lebihan daripada uruf dikenakan zakat Tiada fatwa

12. Perak 500 gram . Zakat atas keseluruhan Telah difatwakan

13. Sabah RM 5,000 .Lebihan daripada uruf dikenakan zakat .Telah difatwakan

14. Sarawak 775 gram .Lebihan daripada uruf dikenakan zakat .Telah difatwakan

Sumber : Zakat Pahang

* contoh pengiraan emas perhiasan

Berat emas yang dipakai : 350 gram. Tinggal di Perlis dan uruf mengikut negeri pemastautin ( Kadar uruf Negeri Perlis ialah 170gram)

Berat emas yang perlu dikeluarkan zakat : 350g - 170g = 180gram
180 gram X Harga emas semasa ( RM150) X 2.5% = RM675.00

Perak
Nisab bagi perak ialah bersamaan 200 Dirham Perak bersamaan 176 mayam 6.9732 saga perak bersamaan 595 gram.Kadar zakat perak yang cukup nisabnya ialah 2.5% dari jumlah keseluruhan.


Sumber Rujukan:
Indahnya Hidup Bersyariat
Dato' Ismail Kamus dan Mohd Azrul Ab. Hamid (Bab Zakat Emas)