15 September 2011

Teknik cepat pergi Haji dengan menyimpan dinar

Adakah anda telah mempunyai impian dan target bila untuk menunaikan rukun islam ke-5 iaitu menunaikan ibadah haji. Kos untuk menunaikan ibadah haji dari tahun ke tahun semakin meningkat dan hari ini, saya ingin membuat kiraan dengan anda semua bagaimana untuk memendekkan masa bagi menunaikan rukun islam ke-5 tadi. Saya mengimpikan untuk melengkapkan ibadah haji sebelum umur menjangkau 40 tahun dengan izin Allah.







Sejak saya mengenali dunia emas ini kira-kira 9 bulan yang lalu, saya sangat gembira kerana saya menjumpai cara yang pantas untuk mencukupkan simpanan haji saya. Caranya ialah menyimpan dinar!!! nak tau macam mana...jom kita tengok dan membuat kiraan bersama... Kos untuk menunaikan haji pada tahun 2011 adalah sekitar RM 10,000, mari kita kira bagaimana simpan dinar lebih untung:

Tahun 2002 - 1 Dinar = RM 140.00, perlu 72 Dinar

Tahun 2003 - 1 Dinar = RM 168.00, perlu 60 Dinar

Tahun 2004 - 1 Dinar = RM 202.00, perlu 50 Dinar

Tahun 2005 - 1 Dinar = RM 242.00, perlu 42 Dinar

Tahun 2006 - 1 Dinar = RM 290.00, perlu 34 Dinar

Tahun 2007 - 1 Dinar = RM 348.00, perlu 29 Dinar

Tahun 2008 - 1 Dinar = RM 418.00, perlu 23 Dinar

Tahun 2009 - 1 Dinar = RM 502.00, perlu 20 Dinar

Tahun 2010 - 1 Dinar = RM 610.00, perlu 17 Dinar

Tahun 2011 - 1 Dinar = RM 799.00,
Memerlukan 13 Dinar sahaja

*Sekiranya sebulan kita menyimpan 1 dinar 13 bulan dah settle kos untuk menunaikan haji.

Kos untuk menunaikan haji akan terus meningkat...lebih kurang RM11000 (2012) dan jangan dilupa..harga emas juga sudah meningkat...sekarang 1 dinar sudah RM799...hanya perlukan 13 dinar sahaja...JIKA KOS MASIH LAGI $10,000- $11,000 TERTAKLUK KEPADA PERUBAHAN HARGA DINAR DAN KOS HAJI.

Anda boleh menilai sendiri siapa untung dan siapa rugi, orang yang untung ialah orang yang mempunyai dinar manakala orang yang lebih untung ialah orang yang sudah lama mempunyai dinar. Percayalah kepada ramalan dan fakta emas diatas, harga emas hari ini sudah semestinya lebih murah dari harga emas akan datang.

2002 MEMERLUKAN 72 DINAR EMAS
2011 HANYA MEMERLUKAN 13 DINAR EMAS





PENJIMATAN 59 DINAR EMAS iaitu bersamaan RM 41,238 nilai sekarang ini.



KALAU 2002 dgn nilai RM140 bagi 1 DINAR KOSNYA hanya RM8120 sahaja, bermakna hampir 80% kenaikan dinar emas pada masa tersebut. Begitu juga sekiranya pada tahun 2002 anda telah membeli sebanyak 72 Dinar dengan kos RM8120 dan membuat simpanan sehingga sekarang (2011), maka dengan kos tersebut anda dah boleh membawa 4 ahli keluarga menunaikan ibadah haji tahun ini.

Kesimpulannya lebih baik menyimpan dinar emas daripada menyimpan fulus @ wang fiat yg nilainya makin menyusut berbanding dengan emas kenaikan 30%-45% setahun. Anda tentukan NILAINYA. Sekiranya anda bermula sekarang, tidak mustahil 10 tahun akan datang anda turut membawa lebih ramai ahli keluarga dengan kos yang lebih rendah.

Jom beli dan start mengumpul DINAR EMAS. hubungi saya untuk mendapatkan dinar emas anda...


Hubungi saya: 019-9133093

Ramalan Harga Emas Oleh Pakar Emas Dunia

Mari kita imbas kembali apakah ramalan harga emas yang telah dibuat oleh pakar-pakar emas dunia pada akhir tahun 2010 yang lalu. Memandangkan 2011 semakin hampir ke penghujung, adakah ramalan berkenaan benar dan boleh diambil perhatian serius oleh pelabur emas dimasa akan datang.


Sebagai harga penutup untuk emas pada tahun ini, 2010, banyak ramalan yang telah dikeluarkan oleh komoditi-komoditi emas. Ada diantara mereka menyasarkan harga emas akan menaik antara $1500 per ounce sehingga $2000 per ounce. Apa yang pasti harga emas akan merempit dan melonjak lagi pada tahun 2011.

Diantara ramalan harga emas yang telah dibuat oleh komiditi-komoditi emas terkemuka untuk tahun 2011:

Bullion Research Desk of Commodity Online:

Harga Emas harga berkisar sekitar $ 1500 – $ 1600 per ounce pada 2011. Harga emas dijangka akan naik pada tahun 2011 disebabkan oleh keadaan dolar AS yang tidak seimbang serta mata wang yang lain, pengeluaran emas yang berkurangan, peningkatan masalah perlombongan dan permintaan untuk perhiasan emas yang semakin meningkat . Harga emas dijangka melepasi $ 1500 per ounce.

Global commodities guru Jim Rogers:

Harga emas dijangka mencecah melebihi di atas $ 2000 per ounce berikutan masalah inflasi yang semakin ketara.

Saxo Bank:.

Harga Emas diramalkan akan berada pada $ 1,800 per ounce pada tahun 2011 jika Dolar AS semakin kukuh, mencetuskan perang mata wang segar di Pasifik yang pasti tekanan akan tertumpu kepada China dan pelabur pula akan beralih ke pelaburan emas yang lebih stabil secara tidak langsung akan melonjak emas kepada $ 1800 per ounce.

Henderson:

Harga Emas akan naik ke $ 1600 pada tahun 2011.

PricewaterhouseCoopers:

Kaji selidik yang dijalankan ke atas 44 pelabur dan eksekutif perlombongan emas yang dilakukan oleh PricewaterhouseCoopers’s Canadian Mining Group anggaran kenaikan emas sekitar $ 1500 per ounce untuk 2011.

BNP Paribas:

Apakah anggaran rata-rata $ 1,500 dalam 2011.

Goldman Sachs:

Telah menetapkan sasaran emas selama 12-bulan yang akan datang kepada $ 1690 per ounce.

Capital Economist:

Berikutan kebimbangan inflasi meningkat, harga emas dijangka akan melonjak ke £ 1,600 pada tahun 2011 dan mencapai $ 2,000 pada akhir 2012.

ABN AMRO / VM Group:

Ini telah meningkatkan rata-rata anggaran sebelumnya 2.011 emas sebesar $ 35 sampai $ 1459, naik dari $ 1.424 pada bulan November.



Dengan petunjuk ramalan diatas, harga pada hari ini 15 September 2011 ialah $ 1824.7. Oleh yang demikian semua ramalan diatas adalah hampir tepat malah ada yang jauh melebihi sasaran. Maka, ambillah peluang yang ada sekarang untuk menambah stok emas yang sedia ada berasaskan ramalan harga emas yang telah dibuat oleh pelabur, pembaca, penjual bullion dan kerajaan sejak beberapa minggu di akhir tahun 2011 ini.

Hubungi saya untuk mendapat maklumat lanjut dan urusan pembelian emas public gold.

Sumber: http://www.commodityonline.com/news/Gold-price-predictions-for-2011-34867-3-1.html

13 September 2011

Masa terbaik membeli Emas

Harga emas petang ini, 13 September 2011 adalah USD1812/oz, ini bermakna penurunan yang amat ketara semenjak kenaikan mendadak sehingga mencecah USD1900+/oz 2 minggu yang lepas. Inilah masa yang amat sesuai untuk tambah stock dan memborong emas dengan harga murah. Juga kepada mereka yang inginkan keuntungan yang cepat, beli emas dan dinar banyak-banyak, kemudian jual apabila harga tinggi.



Kenaikan harga emas dijangka akan tinggi kembali pada Oktober-Disember 2011. Jangan hanya tunggu dan lihat kerana telah ramai mereka yang membuat pelaburan emas sudah menikmati keuntungan daripada pelaburan mereka. Tidak perlu menunggu setahun malah dengan setengah tahun dah boleh tuai hasil sebanyak 12-15%.


Sebagaimana saya sendiri telah peroleh hasil keuntungan sebanyak 20.4% dalam masa 9 bulan. Untuk pengetahuan anda, saya telah membeli goldbar seberat 50g dengan harga RM 8012 pada bulan Disember 2010, kemudian hari ini, 13 September 2011 emas berkenaan dah berharga RM9647. Tetapi saya masih sayang untuk mendapat keuntungan tersebut kerana saya inginkan keuntungan yang jauh lebih tinggi dengan simpanan yang lebih lama.


Kalau anda dah expert dengan jual-beli emas, boleh la mula membuat keuntungan yang lebih pantas dengan pajak dekat Al-Rahnu dan beli lagi banyak emas, ulang benda yang sama dan anda akan menikmati hasil yang lebih banyak.


Jangan jadi orang yang melihat tanpa membuat tindakan, jadilah mereka yang melihat, bertindak dan tersenyum menikmati keuntungan simpanan emas sendiri. Bukan hanya tersenyum melihat dan terus melihat orang lain menikmati keuntungan. Tidakkah anda berasa rugi dan kemudian berkata " kalau lah dari dulu aku......".


Harga hari ini boleh disemak disebelah kanan blog ini.

12 September 2011

Seminar (September 2011) Kota Bharu

1. Peluang Kekayaan Melalui Emas Bersama Public Gold


Saturday , 10/9/2011 , 8:30pm – 10:30pm
Speaker : Mahaguru Syukor Hashim
Fee : FREE


2. Menjana Kekayaan Melalui Emas Bersama Public Gold


Wednesday , 21/9/2011, 8:30pm – 10:30pm
Speaker : Mr. Faizan Dasuki (Pelabur Jutawan)
Fee : FREE


3. New Dealer Orientation (Only For New Dealers)


Tuesday , 27/9/2011, 8:30pm – 10:30pm
Speaker : Ms. Rachel
Fee : RM10 (Certificate Provided)


4. “ Financial Freedom” Bersama Public Gold (Pokli)


Friday, 30/9/2011, 8:30pm – 10:30pm
Speaker : Mr. Mohd. Fadzli bin Ismail (a.k.a Pokli)
Fee : FREE


Anda Semua Dijemput Hadir

11 September 2011

Mengapa ANDA perlu simpan EMAS

Seperti yang kita sudah sedia maklum, sejak berzaman lagi emas memang merupakan sumber pelaburan paling selamat. Tetapi masih ramai lagi rakyat di Malaysia ini tidak menyedari akan kepentingan pelaburan emas ini.



Mengapa kita perlu menyimpan emas?

1. Emas ialah kekayaan yang sebenarnya

Sejak dari dulu lagi emas menjadi simbol kekayaan hinggalah zaman sekarang. Selain itu juga emas tidak boleh dibinasakan. Sesuatu benda yang menjadi penyimpan kekayaan mestilah mempunyai sifat tidak boleh dibinasakan. Sebab itu makanan, haiwan dan tumbuh-tumbuhan tidak boleh menjadi penyimpan kekayaan. Ini kerana di dalam jangka masa panjang kesemua benda tersebut akan binasa.

Sesuatu benda yang boleh dibinasakan dengan mudah tidak boleh menjadi penyimpan kekayaan yang terunggul.

2. Harga emas sentiasa meningkat dalam jangka masa panjang.

Sejak 10 tahun yang lalu harga emas telah mula meningkat. Siapa yang simpan emas sejak masa itu, memang menguntungkan!

Purata kenaikan harga emas adalah sekitar 27% setahun. Siapa nak bagi anda untung setinggi ini? ASB jika tinggi pun, anda akan dapat 12% setahun. Yang mana satu lebih untung?

Jika anda kahwin pada tahun 2001, barang kemas 916 dibeli pada harga RM50 segram. Pada hari ini, emas 916 mencecah harga RM205 segram!! Harga emas di pasaran kedai emas boleh refer
di sini.

3. Nilai wang kertas sentiasa jatuh di dalam jangka masa panjang

Senang saja. Sebagai contoh, pada tahun 1980an, kebanyakan pelajar sekolah membawa antara 20 sen dan 30 sen sebagai duit poket. Duit tersebut cukup untuk membeli nasi dan air minum. Semasa zaman persekolahan saya masih sempat membeli nasi berlauk ayam bakar dengan harga 50sen sebungkus. Tetapi semalam ( 10 September 2011) selepas 19 tahun harga nasi ayam bakar yang dibeli di kedai yang sama berharga RM3.50 sebungkus. Sekarang pun dah dengar isu Dollar US yang merudum! Adakah anda nak tunggu lagi?

4. Aset yang terunggul

Tidak ada aset lain yang boleh menandingi kecairan emas. Ia bukan sahaja boleh dicairkan di Malaysia tetapi boleh dicairkan di seluruh dunia. Katakanlah negara kita dilanda peperangan. Kita lari dengan membawa emas ke negara lain. Ianya boleh ditukarkan kepada wang kertas negara itu. Dan dengan emas itu, kita mampu hidup di negara tersebut. Lain pula jika kita membawa wang kertas kita, adakah ianya laku di negara lain? Ibarat ‘wang kertas Iraq’ yang sama sekali tidak bernilai akibat peperangan.

5. Ia tidak boleh dimanipulasikan

Emas sukar diperoleh dan tidak boleh dicipta. Jadi, ia tidak boleh dimanipulasikan. Kuantitinya tidak boleh ditambah dengan mudah. Ini menyebabkan emas sentiasa bernilai.
Ini berbeza sekali dengan wang kertas. Ia boleh dicetak sesuka hati oleh pemerintah. Jika jumlah cetakan terlalu tinggi, maka nilainya akan menurun. RM1 juta hari ini tidak akan bernilai RM1 juta lagi pada 5 tahun akan datang.

Segerakanlah simpan emas dan perak. Sekiranya anda masih menungu dan menunggu, anda akan melihat rakan-rakan lain mengecapi keuntungan hasil simpanan emas mereka. Jangan lagi mengelamun ‘kalau la dulu aku turut menyimpan emas…kalau…kalau…dan kalau…’

Kelebihan menjadi agen Public Gold

Sekarang modal agen hanyalah RM20,000 (bergantung kepada harga emas semasa)

Public Gold telah membuka peluang menjadi agen kepada mereka yang berminat dengan modal yang minima.

Sekarang, dengan modal RM20,000 anda sudah boleh menjadi agen Public Gold dan boleh mulakan perniagaan emas anda sendiri.


Apa yang anda perolehi dengan bayaran 20k?


Dengan bayaran RM20k, anda boleh memilih apa sahaja produk keluaran Public Gold mengikut harga semasa (sama ada jongkong emas, dinar emas, jongkong perak atau barang kemas) asalkan nilainya adalah RM20k dan keatas.

Untuk harga semasa anda boleh lihat di http://www.publicgold.com.my/ dan harga dinar emas boleh dilihat di http://www.publicdinar.com/. Boleh juga lihat pergerakan harga semasa disebelah kanan blog ini.

Pada pendapat saya modal tersebut adalah sangat rendah bagi business emas ini. Satu peluang keemasan yang perlu diambil.

Dengan menjadi agen Public Gold anda boleh membeli dan menjual emas pelaburan Public Gold.

Emas memang senang dijual lebih-lebih lagi kepada golongan wanita, mereka lebih memahami malah stock simpanan barang kemas mereka jauh lebih tinggi daripada simpanan wang kertas, terdesak nak pakai duit pegi gadai dan tebus balik bila ada duit. Malah nilai emas semakin meningkat dari setahun kes setahun.


Kebaikan menjadi agen Public Gold


Memandangkan saya sendiri telah menjadi agen Public Gold, maka saya boleh bercerita tentang kebaikan menjadi agen dengan panjang lebar:


1. Produk Public Gold sangat senang dijual. Ini kerana Public Gold menjual emas
pelaburan dengan harga yang lebih rendah berbanding harga kedai emas.
Perbezaan diantara harga belian dan jualan sekitar 5% – 6% adalah sangat kecil.


2. Gold bar Public Gold tetap diterima walaupun calar dan bengkok, asalkan
beratnya tetap sama. Jadi, peace of mind kepada pembeli emas Public Gold nie.


3. Stok yang sentiasa ada. Walau harga emas naik atau turun, kita tetap boleh order daripada Public Gold. Tak pernah mereka cakap stok tak ada. Stok sentiasa ada.

4. Agen diberi pamplet secara percuma oleh syarikat. Jadi senang nak buat promosi.

Faedah menjadi Agen

1. Komisyen jualan 1.0%


Public Gold memberi komisyen sebanyak 1.0% untuk jualan kepada New Dealer manakala Priority Dealer sebanyak 1.5%. Jika anda menjual emas semula kepada Public Gold, maka anda akan dapat 0.3% komisyen (daripada nilai keseluruhan emas). Maklumat lengkap komisyen setiap agen (klik disini)


2. Untung trade in 5%-6%


Keuntungan yang kedua ialah untung apabila pelanggan trade in emas kepada anda. Ini kerana anda akan membeli semula emas Public Gold tersebut pada harga We Buy . Jadi terdapat perbezaan harga antara 5%-6% diantara harga We Sell dan We Buy.

Contohnya: Pada 6/12/2009, Seorang pelanggan ingin menjual semula jongkong emas 20 gram kepada anda, maka anda akan membelinya pada harga RM2636.00 (we buy).

Kemudian, jika pada masa yang sama ada seorang pelanggan baru ingin membeli jongkong emas 20 gram daripada anda maka anda boleh menjual jongkong emas yang dibeli pada harga RM2636 tadi dan menjualnya pada harga RM2804.

Jadi anda mendapat untung sebanyak RM168.00

Bayangkan kalau urusniaga itu melibatkan 100 gram, anda boleh untung RM694.00

Target Jualan Bulanan.


Tiada target jualan bulanan. Anda akan dapat komisyen berdasarkan nilai jualan emas anda.

Kalau jual 1 dinar pun tetap akan dapat komisyen jualan.

Kesimpulan.

Bagi saya, ini adalah satu peluang yang sangat baik bagi anda memiliki perniagaan emas sendiri.

Jika anda mempunyai modal dan juga keinginan untuk mencari perniagaan yang menguntungkan, maka menjadi agen Public Gold merupakan pilihan yang baik. Bukan sekadar mendapat keuntungan, namun ini adalah peluang bagi anda untuk berkongsi ilmu berkenaan kepentingan emas dengan masyarakat di luar sana.

Anda untung, mereka pun untung.


Jika berminat, hubungi saya Amin Yusoff (019-9133093) atau rangkaian dealer saya yang berdekatan dengan anda.


Apa tunggu lagi, rebutlah peluang ini sekarang!

Komisyen agen Public Gold

Bersama-sama membina rangkaian gold2wealth untuk mengembangkan perniagaan emas Public Gold. Untuk berjaya, kena bantu orang-orang disekeliling bersama-sama mencipta kejayaan

Normal Dealer (ND)

1- Setiap belian peribadi diberi komisyen 1.0%

2- Jual semula kepada PG/Dealer diberi komisyen 0.3%


Priority Dealer (PD)

1- Setiap belian peribadi diberi komisyen 1.5%

2- Setiap belian oleh Normal Dealer diberi komisyen 0.5%

3- Jual semula kepada PG/Dealer diberi komisyen 0.3%


Master Dealer (MD)

1- Setiap belian peribadi diberi komisyen 2.0%

2- Setiap belian oleh Normal Dealer diberi komisyen 1.0%

3- Setiap belian oleh Priority Dealer diberi komisyen 0.5%

4- Jual semula kepada PG/Dealer diberi komisyen 0.5%

5- Jika Direct Dealer telah berstatus MD,
anda akan dibayar komisyen 0.1% dari jumlah belian keseluruhan (Group Sales) rangkaian MD tersebut.

Rebutlah peluang untuk mencipta kekayaan dan kejayaan bersama rangkaian gold2wealth. Bukan setakat menyimpan dan melabur emas tetapi bersama-sama menjadi peniaga emas publicgold. Tiada tindakan maka tiada keputusan yang membanggakan. Langkah pertama merupakan langkah kejayaan.