13 September 2011

Masa terbaik membeli Emas

Harga emas petang ini, 13 September 2011 adalah USD1812/oz, ini bermakna penurunan yang amat ketara semenjak kenaikan mendadak sehingga mencecah USD1900+/oz 2 minggu yang lepas. Inilah masa yang amat sesuai untuk tambah stock dan memborong emas dengan harga murah. Juga kepada mereka yang inginkan keuntungan yang cepat, beli emas dan dinar banyak-banyak, kemudian jual apabila harga tinggi.



Kenaikan harga emas dijangka akan tinggi kembali pada Oktober-Disember 2011. Jangan hanya tunggu dan lihat kerana telah ramai mereka yang membuat pelaburan emas sudah menikmati keuntungan daripada pelaburan mereka. Tidak perlu menunggu setahun malah dengan setengah tahun dah boleh tuai hasil sebanyak 12-15%.


Sebagaimana saya sendiri telah peroleh hasil keuntungan sebanyak 20.4% dalam masa 9 bulan. Untuk pengetahuan anda, saya telah membeli goldbar seberat 50g dengan harga RM 8012 pada bulan Disember 2010, kemudian hari ini, 13 September 2011 emas berkenaan dah berharga RM9647. Tetapi saya masih sayang untuk mendapat keuntungan tersebut kerana saya inginkan keuntungan yang jauh lebih tinggi dengan simpanan yang lebih lama.


Kalau anda dah expert dengan jual-beli emas, boleh la mula membuat keuntungan yang lebih pantas dengan pajak dekat Al-Rahnu dan beli lagi banyak emas, ulang benda yang sama dan anda akan menikmati hasil yang lebih banyak.


Jangan jadi orang yang melihat tanpa membuat tindakan, jadilah mereka yang melihat, bertindak dan tersenyum menikmati keuntungan simpanan emas sendiri. Bukan hanya tersenyum melihat dan terus melihat orang lain menikmati keuntungan. Tidakkah anda berasa rugi dan kemudian berkata " kalau lah dari dulu aku......".


Harga hari ini boleh disemak disebelah kanan blog ini.

No comments:

Post a Comment