28 December 2010

Pelaburan emas menguntungkan

Faktor-faktor yang mempengaruhi harga emas:
  1. Emas adalah komoditi dimana harganya akan naik atau turun berdasarkan permintaan pasaran.
  2. Nilai USD yang lemah akan meningkatkan harga emas
  3. Emas sebagai pelindung ketika krisis politik (perang atau ketidakstabilan politik)
  4. Emas sebagai pelindung ketika krisis ekonomi

Pelaburan emas fizikal dengan Public Gold

Pelaburan emas fizikal boleh dibahagikan kepada 3 jenis iaitu:

  1. Syiling Emas
  2. Jongkong Emas
  3. Barang kemas

Tetapi, hanya syiling emas dan jongkong emas sahaja sesuai untuk dikategorikan sebagai emas pelaburan. Ini kerana barang kemas ada kos upah dan spreading amat tinggi/ susut nilai terlalu tinggi.

Sebagai emas pelaburan, syiling emas dan jongkong emas mempunyai kelebihan tersendiri dimana ianya:

  • Mudah dibawa
  • Mempunyai saiz, bentuk dan berat yang standard
  • Mudah dijual balik
  • Perbezaan harga belian dan jualan yang rendah
  • Boleh digadaikan

Kelebihan membuat pembelian emas Public Gold:

  • Stok sentiasa ada
  • Harga lebih murah jika dibandingkan dengan kedai emas
  • Kualiti emas 999 atau 24 karat
  • Spread/ beza harga jual dan beli yang rendah (antara 5%-6%)
  • Jaminan akan membeli balik walaupun ada kesan calar, bengkok dan patah asalkan berat tetap sama

Pengalaman pertama membeli emas

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Ok, untuk entry pertama blog ini,saya nak cerita tentang pengalaman saya kepada anda semua bagaimana saya boleh berminat tentang pelaburan emas dan seterusnya menjadi Dealer PG. Saya adalah seorang anak muda bercita-cita tinggi yang inginkan pelaburan maksimum tapi risiko minimum. Setiap hari duk pikir nak menggandakan duit yang ada sebab semakin hari harga barang, minyak, makanan naik tetapi nilai wang kertas semakin menyusut. Inflasi meninggi!

Walaupun 2 tahun lepas, saya telah dengar tentang pelaburan emas tetapi tidak ambil peduli disebabkan ia mungkin masih baru bagi saya. Hanya pelaburan ASB, Unit Trust dan Saham yang bermain diminda. Dengan dividen ASB sebanyak 7-9% setahun, Unit Trust 15-25% setahun dan lain-lain skim pelaburan yang tidak menguntungkan. Bagi saya unit trust dapat menjamin kenaikan yang tinggi dalam jangka masa panjang, 3-5 tahun.

Akan tetapi, awal August 2010 yang lalu saya telah dengar ramai yang menyebut tentang pelaburan emas. Maka bermula pada ketika itu saya cedok sedikit-sedikit tentang ilmu pelaburan emas, alangkah terkejutnya bila tengok sejarah kenaikan harga emas sepanjang 10 tahun lepas dimana melebihi 250%. Yang lebih utama kenaikan dalam masa 6-7 bulan pun dah melebihi 10%.

Hati dah mula teringin nak melabur dalam emas, beli dan simpan emas. Tiada hasrat untuk berniaga. Sambil duk surfing maka terjumpalah jutawanemas.com yang mana pengasasnya En Syukor Hashim. Saya baca hampir kesemua tulisan beliau dan cedok seberapa banyak ilmu mengenai emas.

Perkara yang amat penting bagi saya sebelum menceburi atau terlibat dengan sesuatu pelaburan dan perniagaan ialah ilmu. Jika sebelum ini sesuatu tindakan dibuat tanpa berlandaskan ilmu, maka ia tidak akan kekal lama dan mungkin boleh memerangkap diri.

Setelah menghubungi sendiri En Syukor, saya terus meletakkan matlamat untuk membuat pembeliaan emas public gold, dengan jumlah pembelian emas sebanyak dot dot dot, layak secara automatik menjadi dealer. Alangkah ruginya kalau saya hanya beli emas dan simpan sahaja. Peluang yang tehidang akan digunakan sebaik mungkin untuk membantu anda semua sekiranya berminat membuat pembelian dan melabur dalam emas.

Apa yang saya dapat tahu mengenai pelaburan emas ialah harga emas akan naik jauh lebih tinggi untuk jangka masa panjang. Simpan emas tidak akan susut nilai berbanding menyimpan wang kertas. Terdapat banyak cara untuk manipulate emas dan mendapat keuntungan berlipat ganda. Tetapi yang ni memerlukan ilmu yang tinggi. Kalau tak tahu jangan cuba-cuba nak buat.
Alhamdulillah, saya dan keluarga telah terbuka hati untuk menukar wang kertas kedalam bentuk emas, anda pula bagaimana?